GM rancang bangunkan Hummer EV untuk kegunaan militari

oleh Mohamad Hanif|
Model-model trak dan SUV Hummer sebenarnya memang berasal daripada kenderaan spesifikasi tentera Humvee sebelum ia mula dijual kepada golongan kebanyakan oleh AM General dan disambung kembali oleh GM.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Tidak pun lama selepas kemunculan semula Hummer EV pada tahun lalu, GM telah pun mengesahkan perancangan untuk menjadikannya sebagai kenderaan kegunaan tentera.

Bercakap kepada CNBC, Presiden GM Defense Steve duMont memberitahu terdapat perancangan untuk membangunkan kenderaan tinjauan ringan elektrik (eLRV) menggunakan asas daripada GMC Hummer EV.
 

Hummer


Beliau menambah, pihak tentera amat teruja dengan perancangan GM, di mana kenderaan tersebut akan dibangunkan secara khusus dan dijangka berkongsi unit trenkuasa dan pek bateri yang sama seperti model yang dijual kepada umum.

Namun, eLRV itu akan dibina mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan oleh tentera dan berkemungkinan besar mempunyai penampilan yang amat berbeza jika dibandingkan dengan versi jalanan.
 

CM


Contoh yang terdekat diperlihatkan adalah kenderaan Infantry Squad Vehicle yang menggunakan asas daripada Chevrolet Colorado ZR2 (gambar atas).

Dalam laporan itu lagi, GM Defense dijangka akan memulakan pembinaan prototaip eLRV bermula tahun depan.

Sumber: CNBC

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan daripada The Drive, kos sebenar penggantian untuk satu unit lampu belakang adalah…
Berita Global
Dalam perkembangan terbaharu, media tempatan melaporkan Dongfeng mahu membangunkan model Warrior…
Berita Global
Ini kerana untuk tempoh suku keempat tahun 2021 (Q4 2021), General Motors sekadar menjual sebanyak…