GM saman Ford disebabkan nama 'BlueCruise'

oleh Mohamad Hanif|
General Motors memfaillkan saman terhadap Ford disebabkan penggunaan nama teknologi pemanduan autonomi 'BlueCruise' menimbulkan kekeliruan kepada pengguna.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan daripada Reuters, GM mendakwa nama BlueCruise itu adalah salah satu bentuk pelanggaran tanda dagangan yang telah dibuat oleh anak syarikat GM, Cruise, serta teknologi pemanduan autonomi Super Cruise yang digunakan oleh GM.

Wakil Ford, Mike Levine mengutarakan kenyataan berhubung isu yang dibangkitkan oleh GM sebagai 'tidak berasas' memandangkan penggunaan kawalan jelajah (cruise control) dan frasa 'cruise' itu sendiri adalah satu kata nama yang umum.

 


Malah, beliau juga turut memetik beberapa syarikat lain yang menggunakan frasa 'cruise' untuk teknologi bantuan pemandu seperti Smart Cruise Control oleh Hyundai serta Active Cruise Control oleh BMW.

Ford sebelum ini mengumumkan sistem pemanduan autonomi Tahap Kedua (SAE Level 2) BlueCruise yang menggunakan teknologi radar dan kamera termaju pada bulan April yang lalu.

Ciri BlueCruise ini bakal didapati pada model-model seperti Mustang Mach-1 dan F-150 dengan kos $600 (RM2,536) menerusi kemaskini over-the-air, dan merangkumi pakej penyelenggaraan selama tiga tahun.

 

Sumber: Reuters