Go-Jek tidak akan jadi monopoli - respon Menteri selepas terlupa produk anak Muda Malaysia sendiri

oleh HEZERI SAMSURI|
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata Go-Jek tidak akan menjadi monopoli dalam perniagaan teksi motosikal.

Itu adalah respon beliau selepas dikecam oleh ramai netizen kerana mendahului jenama asing dan tidak memikirkan idea tempatan.

Perkhidmatan teksi-motosikal pernah dilalukan di Malaysia oleh Dego Ride, sebuah syarikat tempatan. 

Ia diharamkan dalam tahun 2017 oleh Kementerian Pengangkutan atas alasan menyalahgunakan Lesen Kenderaan Motor (LKM)

LKM tidak membenarkan pemandu atau penunggang untuk membawa penumpang berbayar, tetapi ia dibenarkan untuk Grab dan Uber suatu ketika dahulu.

Dego Ride diasaskan oleh Nabil Feisal Bamadhajdan mempunyai hampir 6,000 penunggang motosikal yang beroperasi di seluruh negara.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
dego

 

Go-Jek pula ialah sebuah syarikat Indonesia dan kini beroperasi di Singapura, Thailand dan beberapa negara Asean yang lain. 

Perkhidmatan teksi-motosikal bakal dibenarkan semula setelah mendapat "lampu hijau" hasil perbincangan Nadiem Makarim, pengasas Go-Jek, Perdana Menteri dan Menteri Belia Sukan dan Menteri Pengangkutan.

Ia juga mendapat sokongan padu dari Menteri Keusahawanan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof. 

Redzuan juga "mengarahkan" pihak kementerian pengangkutan untuk memastikan operasi teksi-motosikal itu untuk mengikut semua peraturan yang ada.

Penunggang motosikal menyumbang lebih kurang dari 62 peratus kepada kemalangan maut di Malaysia dalam tahun 2018.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke tidak membuat sebarang pernyataan.

Kumpulan Safety First dan penasihatnya, Datuk Seri Azman Ujang juga masih belum membuat sebarang kenyataan.


 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Saya ingin menjemput rakan-rakan Foodpanda untuk ke rumah saya malam esok (Selasa) untuk satu sesi…
Hezeri Samsuri
Kekeliruan ini berlaku selepas Menteri Belia dan Sukan "memperkenalkan" pengusaha GoJek Indonesia…
Berita Domestik
Buat masa sekarang, sistem zon kawasan perumahan yang tidak dikawal menyebabkan tidak ada…