GoCar-Express Rail Link tawar pakej perjalanan dari/ke KLIA dan KLIA2

oleh Mohamad Hanif|
GoCar Malaysia selaku penyedia perkhidmatan perkongsian kenderaan dan Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) sebagai operator KLIA Ekspress dan KLIA Transit hari ini menjalinkan kerjasama bagi meningkatkan kadar mobiliti untuk rakyat Malaysia.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Bermula hari ini, rakyat Malaysia boleh mendapatkan perkhidmatan dari dan ke KLIA serta KLIA2 dengan perkhidmatan GoCar di beberapa stesen ERL seperti KL Sentral, Bandar Tasik Selatan dan Salak Tinggi. 

GoCar juga turut menawarkan diskaun sehingga 28 peratus untuk mana-mana tempahan GoCar di Stesen KL Sentral apabila mereka membeli pakej KLIA Ekspress + GoCar menerusi dalam talian. 

Untuk memudahkan urusan, GoCar turut mempunyai hab pengangkutan di Stesen Salak Tinggi yang membolehkan pengguna membuat perjalanan sehala atau dua hala.

 

 

Menurut Nicholas Tan, Presiden GoCar Malaysia berkata, "kami berasa amat teruja dapat bekerjasama dengan ERL untuk membawakan visi mobiliti yang serupa, serta memberikan kemudahan kepada orang ramai bergerak dari atau ke KLIA/KLIA2. 

"Pakej KLIA Ekspress + GoCar yang dilancarkan ini mampu menawarkan perjalanan yang lebih lancar kepada para pelanggan kami, dan dalam masa yang sama mampu mengurangkan jejak karbon kepada alam sekitar," ujar Noormah Mohd Noor, CEO ERL.

Untuk maklumat lanjut berkenaan pakej KLIA Ekspress + GoCar, anda boleh melayari laman web  www.KLIAekspres.com

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Tambahan itu, usaha sama tersebut telah hadir menerusi satu kerjasama di antara GoCar dan bahagian…
Berita Domestik
Kempen tersebut akan berlangsung sehingga 29 Februari 2024 dengan tema “Joyful Journeys: Drive into…
Berita Domestik
Tawaran GoValet percuma itu akan tersedia untuk pelanggan di sekitar Lembah Klang, Penang dan Johor…