GoCar Garage kini boleh didapati di Ipoh dan Negeri Sembilan

oleh Penyumbang Rencana 2|
GoCar Malaysia mengumumkan pengembangan perkhidmatan penyelenggaraan dan servis kereta berpusat GoCar Garage ke Ipoh dan Negeri Sembilan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pengembangan itu merupakan sebahagian daripada usaha berterusan GoCar untuk meluaskan lagi rangkaian servis Garage, menerusi kerjasama strategik bersama bengkel-bengkel sah dan bebas. Rakan-rakan Garage ini dipilih melalui satu proses penilaian yang ketat bagi memastikan standard dan kecemerlangan perkhidmatan GoCar Garage dapat dipenuhi. 

Pelbagai jenis servis ditawarkan termasuklah penukaran minyak enjin, servis berkala, pembaikan, penukaran dan membetulkan tayar, brek, bateri, pendingin hawa, mekanikal dan sistem elektrikal. Ini termasuklah servis bukan pembaikan seperti talaan prestasi, tinted, perapian dan lapisan cat. 
 

GC


Setakat ini, terdapat lebih 40 lokasi Garage di Lembah Klang, Johor Bahru, Pulau Pinang, Melaka dan kini di Ipoh serta Negeri Sembilan yang mudah dicari melalui aplikasi mudah alih GoCar. 

Platform GoCar Garage membolehkan pelanggan untuk menjadual temu janji servis, memilih jenis servis, meluluskan sebut harga sebelum kerja-kerja membaik pulih diteruskan Akhir selaku, anda hanya perlu membuat pembayaran menerusi aplikasi mudah alih GoCar. 
 

GC


Sempena pengembangan terbaharu ini, GoCar menawarkan penjimatan sehingga RM50 ke atas mana-mana servis yang ditawarkan dalam platform GoCar Garage. 

Promosi ini tertakluk kepada tempahan yang dibuat dan ditebus di antara 19 September hingga 30 November 2022 dengan menggunakan kod promo “CUBALAH50”.

Maklumat lanjut mengenai GoCar Malaysia, sila layari laman web https://hi.gocar.my atau ikuti saluran Facebook, Instagram, YouTube dan Twitter GoCar Malaysia.

Penulis: IZRA

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Tawaran GoValet percuma itu akan tersedia untuk pelanggan di sekitar Lembah Klang, Penang dan Johor…
Berita Domestik
Kerjasama tersebut membolehkan kedua-dua pihak untuk mengembangkan jangkauan pelanggan dan…