GoCar Subs kini tawar sewa Subaru BRZ dan WRX

oleh HEZERI SAMSURI|
Platform langganan kenderaan, GoCar Subs kini menambah genre kenderaan untuk sewaan mereka dengan kategori Sports.

Untuk permulaan, dua model ditawarkan:
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Subaru BRZ

  • Berkongsi dengan model legend Toyota GT86, ia hadir dengan enjin 2.0L boxer dengan 200hp, kelajuan maksimum 210 kmsj dan pecutan 0-100kmsj dalam masa 8.2 saat.

Subaru WRX

  • Menggunakan platform Impreza, jentera rally dengan enjin 2.0L boxer turbo bersama sistem AWD yang menghasilkan 264 hp dan kelajuan maksimum 240 kmsj sementara pecutan 0-100 kmsj dilakukan dalam 6.3 saat sahaja.

Pelanggan boleh memilih salah satu dari tiga pelan langganan yang ditawarkan:

 

 

Kesemua bayaran merangkumi cukai jalan, insurans, servis dan kos alat-ganti lazim (wear and tear items).

Sports ialah kategori keenam dari GoCar Subs. Kategori lain ialah Econ, Base, Plus, Exec dan Luxe. Langganan GoCar Subs juga membenarkan pelanggan menukar kenderaan di dalam garaj GoCar Subs sehingga dua kali setahun.

Langganan GoCar Subs ialah skim langganan kenderaan untuk tempoh minumum 12 bulan. Bayaran bermula dari RM799 sebulan.

 

 

 

GoCar Subs sesuai untuk mereka yang tidak mahu terbeban dengan perbelanjaan tambahan dalam pemilikan kenderaan, risiko susut nilai yang teruk dan terbeban dengan pinjaman jangka panjang.

Namun begitu, had perbatuan tahunan ditetapkan dan ada caj tambahan jika melangkau batasan tersebut.

Antara pakej yang menarik pada pendapat Careta ialah tawaran pakej Toyota Estima, di mana ia ditawarkan untuk harga RM1,799 sebulan selama tiga tahun dengan had perbatuan maksimum 2,500 km sebulan.

Pakej ini sesuai untuk mereka yang tidak mahu menggunakan MPV dalam tempoh masa yang lama dan tidak mahu kerugian kerana susut nilai teruk bagi kenderaan reconditioned.

Ia juga termasuk kos servis dan insurans (cuma untuk insurans lengkap tanpa excess fee, ada caj tambahan dan untuk penggunaan filem "tinting", ada caj sewaan bulanan).

GoCar pula ialah platform sewaan kenderaan menerusi aplikasi telefon pintar dan untuk durasi jam atau hari.

Untuk mendaftar akaun GoCar Subs dan melihat kenderaan lain di dalam garaj mereka, layari www.gocarsubs.com

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kadar jam telah dikurangkan hampir 30 peratus, manakala kos tempahan untuk tempoh 30 hari dan ke…
Berita Domestik
Pengumuman itu dibuat pada acara Electric Vehicle Expo (EVx) 2022 yang berlangsung di Setia City…
Berita Domestik
Tawaran ini terbuka kepada mereka yang berumur antara 18 hingga 50 tahun serta memiliki lesen…