GoCar tambah dua lokasi baharu untuk perkhidmatan percuma GoVax

oleh Mohamad Hanif|
Selari dengan pertambahan pusat vaksinasi di sekitar Petaling, GoCar Malaysia kini menambah dua lokasi baharu bagi perkhidmatan shuttle percuma GoVax yang memudahkan pergerakan golongan tua dan OKU untuk mendapatkan suntikan masing-masing.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Lokasi baharu yang disertakan dalam program GoVax adalah di Universiti Malaya Medical Centre (UMMC) dan Ideal Convention Centre Shah Alam (IDCC).

Sebelum ini, perkhidmatan GoVax merangkumi lokasi Hospital Shah Alam, Klinik Rakan Medik Petaling Jaya dan Sunway Pyramid Convention Centre.

 


Program CSR yang dijalankan menerusi kolaborasi bersama YB Kampung Tungku, Lim Yi Wei ini bertujuan untuk menawarkan pengangkutan percuma kepada golongan berusia 60 tahun ke atas, serta orang kurang upaya (OKU) untuk menghadiri temujanji vaksinasi COVID-19 di sekitar Petaling.

Semenjak dilancarkan pada 25 Mei 2021, program ini telah mencatatkan 100 orang pendaftaran, di mana kumpulan pertama telah pun berjaya melengkapkan vaksinasi mereka pada 31 Mei 2021.

Perkhidmatan GoVax boleh didapati dengan menghubungi talian 1 300-30-2633 atau dengan menggunakan aplikasi GoCar sekurang-kurangnya tiga hari sebelum tarih temujanji vaksin, dan slot ditawarkan berdasarkan siapa cepat dia dapat.

Program GoVax ini boleh didapati secara percuma sehingga 31 Ogos 2021.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kadar jam telah dikurangkan hampir 30 peratus, manakala kos tempahan untuk tempoh 30 hari dan ke…
Berita Domestik
Pengumuman itu dibuat pada acara Electric Vehicle Expo (EVx) 2022 yang berlangsung di Setia City…
Berita Domestik
Tawaran ini terbuka kepada mereka yang berumur antara 18 hingga 50 tahun serta memiliki lesen…