Gogoro dedah prototaip pertama bateri solid-state boleh tukar

oleh Mohamad Hanif|
Gogoro merupakan antara pelopor sistem penukaran bateri bagi motosikal elektrik dan kini syarikat itu memperlihatkan model prototaip bateri boleh tukar pertama di dunia yang menggunakan teknologi solid-state.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tidak seperti bateri lithium-ion sedia ada, bateri jenis solid-state menjanjikan kadar ketumpatan tenaga yang lebih tinggi dan rekaan yang lebih selamat.

Bateri prototaip seramik lithium yang diperlihatkan itu boleh diserasikan dengan skuter elektrik Gogoro dengan kapasiti yang lebih tinggi, 2.5 kWh berbanding 1.7 kWh kapasiti sedia ada.
 

Gogoro


Produk bateri yang dibangunkan bersama ProLogium ini sepatutnya menawarkan jarak operasi yang lebih jauh, tempoh pengecasan yang lebih singkat dan dalam masa yang sama mengurangkan risiko kebakaran yang kerap kali dikaitkan dengan EV konvensional.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan TechCrunch, Gogoro bakal bekerjasama dengan syarikat konglomerat Filipina Ayala…
Berita Global
Zypp Electric merupakan syarikat India yang menawarkan platform EV-as-a-Service, dengan memfokuskan…
Berita Global
Persefahaman dua syarikat itu bakal menghasilkan motosikal elektrik di bawah nama Electrum dan akan…