Gojek nafi mahu bergabung dengan Grab

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat pengendali perkhidmatan seru-pandu Gojek nampaknya menafikan laporan yang mendakwa pihaknya sedang berbincang untuk bergabung dengan Grab, menurut jurucakap memberitahu akhbar The Business Times.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Terdahulu, laporan daripada The Information menyebut kedua-dua syarikat gergasi seru-pandu Asia Tenggara, Grab dan Gojek sedang menjalankan rundingan untuk bergabung, walaupun terdapat beberapa halangan seperti pembahagian kuasa dan kawalan selepas fasa gabungan. 

Menurut jurucakap itu lagi, tiada sebarang rancangan penggabungan dibuat pada ketika ini, dan laporan media tersebut adalah tidak benar. 

Grab walaubagaimanapun enggan memberikan komen terhadap isu tersebut. 

Laporan terdahulu menyebut bahawa Gojek mahukan satu perjanjian yang membolehkan syarikat itu menguasai sebahagian daripada operasi gabungan, namun Grab pula mahukan kuasa penuh ke atas entiti tersebut termasuklah operasinya di Indonesia. 

Sumber: Berita Harian SG

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Baru-baru ini, syarikat ride-hailing Bolt itu telah menyenaraikan di LinkedIn untuk jawatan…
Berita Domestik
Mereka menyuarakan rasa tidak puas hati dengan penurunan kadar asas daripada RM5 kepada RM4.…
Berita Global
Menurut satu kenyataan, syarikat yang berpangkalan di Berlin itu merancang untuk menjual…