Hasil nilai bidaan berkenaan akan disalurkan kepada Kerajaan Persekutuan.
Pada pertemuan itu, Anthony mempersembahkan secara simbolik nombor plat kenderaan berkenaan kepada Sultan Ibrahim.
Nombor plat siri GOLD merupakan Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) sempena sambutan jubli emas Hari Wilayah Persekutuan ke-50.
Ia dibuka untuk bidaan pada 1 Februari bermula jam 12 tengah hari hingga 5 Februari lalu.