Golf bakal hadir dengan enjin lima silinder sebaris?

oleh Mohamad Hanif|
Kali terakhir model Volkswagen Golf menerima khidmat nadi enjin lima silinder sebaris adalah menerusi Golf 2.5 Mk6 yang dipasarkan di Amerika Utara dengan meminjam enjin secara terus daripada model Rabbit Mk5 dan juga Jetta Mk5.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Manakala generasi terkini Golf Mk7 hanya ditawarkan dengan pilihan enjin tiga silinder dan empat silinder sebaris, dengan Golf GTI (217 hp) dan Golf R (296 hp) turut menerima khidmat daripada enjin inline-4 dengan talaan yang berbeza. 

Sekiranya anda masih menantikan khidmat nadi enjin lima silinder sebaris, usah risau kerana Volkswagen tidak menyembunyikan hakikat mereka sedang menguji enjin tersebut yang didermakan oleh Audi untuk dipasang pada Golf R420.
 


Menurut Pengurus Produk Volkswagen Australia, Todd Ford dalam satu temubual bersama Motor Magazine, mengaku hot hatch Golf dengan enjin lima silinder masih lagi diuji sebelum ia boleh dilepaskan kepada pasaran. 

Kenyataan tersebut dibuat berdasarkan kelibat model prototaip Golf itu dilihat sedang diuji mengelilingi litar Nurburgring dengan memakai nombor pendaftaran yang serupa dengan model ujian R420 tahun lalu - memungkinkan versi jalanan Golf berprestasi tinggi bakal direalisasikan dalam masa terdekat. 

Hot hatch yang dikesan tahun lalu menggunapakai enjin lima silinder sebaris daripada Audi RS3, menghasikan kuasa sejumlah 400 kuasa kuda sebelum disalurkan kepada sistem pacuan empat roda.

Projek tersebut dikhabarkan dihentikan seketika oleh kerana skandal Dieselgate yang melanda Volkswagen. 
 


Namun, dengan kehadiran unit Golf berprestasi tinggi dan enjin lima silinder sebaris di balik bonet hadapan pada September lalu, ia dilihat mengesahkan berita bahawa Volkswagen bakal memperkenalkan versi prestasi (atau R420) ini kepada umum dalam masa terdekat. 

Kredit imej: Motor1