Golongan OKU catat peningkatan penggunaan pengangkutan awam

oleh Firdaus Razani|
gambar hiasan
Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), selaku pengendali rangkaian pengangkutan awam rel dan bas di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Kuantan telah mencatatkan peningkatan penggunaan harian di kalangan warga OKU.
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024

Sejak Februari 2024, peratusan bilangan meningkat sehingga 49 peratus di mana pada Mei 2024, perkhidmatan Rapid Rail dan Rapid Bus telah mencatat sebanyak 233,915 jumlah penggunaan di kalangan warga OKU.

Pengenalan Pas Perjalanan Percuma OKU Smile (Pas OKU Smile) pada bulan Februari tahun ini secara tidak langsung telah menyumbang kepada peningkatan ini.

 

rapid

 

Inisiatif Pas OKU Smile telah menerima sambutan menggalakkan dan setakat hari ini telah mendapat lebih daripada 6,000 pendaftaran.

Bagi memberi pengenalan mendalam serta memudahkan proses pendaftaran Pas OKU Smile, pihak Prasarana telah mengadakan beberapa siri jelajah untuk meningkatkan kesedaran serta menggalak penggunaan pengangkutan awam di kalangan komuniti OKU.

Sebanyak lima siri jelajah telah berjaya disempurnakan termasuk di Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA), Persatuan Orang Buta Malaysia (MAB), Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD), dan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di SMK Bandar Tasik Selatan.

Siri jelajah terakhir untuk tahun ini telah diadakan di Kampus UiTM Shah Alam.

 

rapid

 

Seramai 409 orang telah berjaya didaftarkan hasil daripada siri jelajah tersebut dan selebihnya daripada pengaktifan Pas OKU Smile di Kaunter Perkhidmatan rel dan hab bas terpilih.

Bagi memastikan golongan OKU sentiasa diberi perkhidmatan yang terbaik, kakitangan barisan hadapan menerima latihan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk menyantuni golongan tersebut.

Stesen-stesen rel dan hab-hab bas turut dilengkapi dengan fasiliti mesra OKU seperti kemudahan lif, tanjakan, laluan bercorak timbul dan tandas OKU.

Selain itu, ruangan khas juga turut disediakan khusus untuk pengguna berkerusi roda selain tempat duduk keutamaan (priority seat) tersedia bagi keselesaan pengguna yang memerlukan seperti pengguna OKU, wanita mengandung, dan warga emas.

 

rapid

 

Inisiatif Pas OKU Smile adalah susulan daripada pengumuman Menteri Pengangkutan, YB Anthony Loke pada 21 Disember 2023 mengenai inisiatif tambang percuma untuk komuniti OKU.

Inisiatif ini bertujuan untuk menyediakan perjalanan percuma kepada komuniti OKU bagi semua pengangkutan awam di bawah kendalian Prasarana.

Pas OKU Smile boleh didapati dari kaunter-kaunter perkhidmatan terpilih bagi Rapid KL, Rapid Penang dan Rapid Kuantan.

Maklumat berkenaan Pas OKU Smile boleh didapati di laman web rasmi www.myrapid.com.my atau di platform media sosial Rapid KL dan Rapid Penang.

Bagi sebarang pertanyaan, pengguna juga boleh menghubungi talian khidmat pelanggan Rapid KL 03-78852585; Rapid Penang 04-2558000 atau Rapid Kuantan 09-5663686/019-3858607.

Berita Berkenaan

Informasi
“Penyelarasan ini akan beri manfaat kepada penumpang sedia ada, selain menarik komuniti berkerusi…
Berita Domestik
Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini…
Berita Domestik
Hari ini, jam 11.15 pagi, satu laporan polis diterima berkaitan video tular 28 saat yang dipercayai…