Pelanggan boleh memilih pelbagai jenis rekaan dan saiz yang bersesuaian dengan kenderaan mereka, bermula dari barisan produk Assurance sehinggalah kepada model Eagle.
Menurut Alex Ng, Pengarah Urusan Goodyear Malaysia berkata, "kami menyedari peningkatan trend pembelian menerusi dalam talian dikalangan rakyat Malaysia sejak bermulanya pandemik. Orang ramai juga turut mencari penyelesaian sehenti bagi memenuhi keperluan mereka.
"Dengan adanya kedai rasmi dalam talian Goodyear Malaysia, kami mampu untuk menawarkan pengalaman pembelian serta produk tayar yang berkualiti kepada pelanggan kami.
Setiap tayar yang dibeli menerusi kedua-dua laman e-dagang ini turut didatangkan dengan jaminan terhad lima tahun, serta perlindungan Worry Free Assurance (WFA) untuk sesetengah produk tayar.
Pemasangan pula boleh dibuat menerusi Goodyear Autocare Centre (GYAC) yang terpilih.
Bersempena dengan pelancaran kedai rasmi dalam talian, Goodyear turut menawarkan promosi menarik berupa baucar RM8, serta hadiah eksklusif untuk setiap pembelian dua unit tayar atau kotak peralatan untuk setiap pembelian empat unit tayar di Shopee.
Sementara di Lazada pula, pelanggan berpeluang untuk mendapat barangan eksklusif Goodyear bernilai RM150 untuk pembelian empat unit tayar, selain hadiah payung Goodyear untuk pembelian mana-mana dua tayar, sementara stok masih ada.