Tayar berprestasi tinggi jenis sport premium yang menawarkan tahap ketahanan sehingga 31% lebih baik serta pengalaman pemanduan yang menakjubkan.
Ia turut menawarkan jarak pemberhentian kenderaan yang lebih pendek diatas permukaan jalan kering iaitu (1.3meter) dan basah (2.6 meter).
Apa yang menarik dan istimewa tentang Eagle F1 Asymmetric 3 ini?
Team Careta telah menguji sendiri keupayaan tayar ini di Litar Antarabangsa Sepang. Ujian telah dibahagikan kepada tiga sesi iaitu, membrek di atas permukaan jalan yang basah, ujian pemanduan pada kelajuan tinggi di trek lumba dan juga slalom. Apa yang kami dapati, pengendalian dan prestasi yang ditawarkan sangat baik. Pemanduan dan pengendalian adalah sangat meyakinkan.
Eagle F1 Asymmetric 3 ini juga tampil dengan rekaan teknologi terbaru;
- “Active Braking” dimana ia dapat meningkatkan hubungan permukaan dan cengkaman ketika membrek dan pemberhentian kereta juga adalah lebih cepat.
- “Grip Booster” untuk meningkatkan cengkaman semasa membrek dan pengendalian pemanduan.
- Teknologi binaan yang diperkuat untuk mengurangkan berat keseluruhan tayar dan masih mengekalkan kekuatan dan ketahanannya.
Telah diuji oleh DEKRA;
- DEKRA yang merupakan badan bebastelah membuktikan bahawa tahap kehausan tayar dan prestasi tayar ini adalah lebih baik berbanding jenama tayar premium di pasaran.
- Ia juga dikatakan mampu menawarkan perbatuan tambahan sehingga 11,500 km atau 31% lebih baik.
Untuk pasaran Malaysia, Goodyear Eagle F1 Asymmetric 3 ditawarkan dalam saiz 17 hingga 20 inci (terdapat 34 saiz kesemuanya) di Goodyear Autocare, Servitekar dan pengedar sah Goodyear di seluruh negara dengan harga RM668 hingga RM1,820 termasuk GST. *Bergantung kepada saiz tayar.
Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.goodyear.com.my/