Kontrak yang ditandangani antara Automobile Club de l'Ouest (ACO), FIA WEC dan Goodyear dipersetujui setelah keputusan ACO melantik Goodyear selaku pembekal tayar tunggal di dalam kelas yang sangat kompetitif itu.
Musim panas ini, Goodyear turut mengumumkan penglibatan semula di dalam perlumbaan kereta sports antarabangsa sebagai pembekal tayar kepada beberapa rakan terpilih di dalam kelas LMP2 WEC.
Kontrak baharu ini akan bermula pada musim perlumbaan 2020/2021 sepanjang lapan pusingan yang akan bermula di Litar Silverstone September ini sebelum acara kemuncak pada 24 Hours of Le Mans pada Jun 2021.
Menurut Mike Rytokoski, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran Pengguna EMEA di Goodyear berkata, "Goodyear memiliki rekod yang sangat panjang di dalam sukan permotoran termasuklah 368 kemenangan di dalam Formula One, dan 14 juara keseluruhan di 24 Hours of Le Mans.
"Peluang ini bakal membuktikan teknologi, ketahanan dan prestasi tayar kami di dalam perlumbaan endurance paling popular di dunia.
Peranan Goodyear sebagai rakan penaja tayar rasmi ELMS pula akan bermula pada April 2021.
CEO FIA World Endurance Championship dan European Le Mans Series, Gerard Neveu turut menyebut, "kami berasa amat berbangga mengumumkan Goodyear sebagai rakan premium di dalam WEC dan ELMS,
"Sudah pasti pasukan-pasukan LMP2 akan mendapat sokongan bertaraf professional untuk memastikan tahap persaingan yang lebih sihat di dalam kategori tersebut.