Goodyear Wrangler AT SilentTrac - gabungan 4X4 dan kereta

oleh HEZERI SAMSURI|
Tayar MT atau Mud Terrain memang nampak garang, terutama dipasang pada trak pikap atau SUV yang dipasang dengan lift-kit.

Namun begitu, trade-off atau pengorbanan yang perlu dilakukan sebenarnya sangat tinggi.

Tayar MT bising, berat (penggunaan minyak meningkat dan kelajuan menurun), perlu penjagaan yang lebih rapi (perlu rotation lebih kerap) dan tidak tahan lama (cepat haus atau bahan getah cepat keras).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tayar Highway Terrain atau HT yang sering dipasang secara standard kepada trak pikap atau SUV 4X4 pula lebih kepada fungsi tayar kereta, dan ia kurang sesuai untuk pemanduan offroad.

Untuk pengguna-pengguna yang lebih praktikal, mereka tahu apa yang mereka mahukan dan tayar AT (All Terrain) adalah pilihan paling sesuai.

Namun begitu, ada pelbagai jenis tayar AT di luar sana dan bukan semua yang sesuai juga. 

 

 

Untuk mereka yang mahukan tayar AT yang lebih fokus kepada penggunaan jalanraya dan sekali-sekala turun ke jalan tidak berturap (offroad), Goodyear telah menghasilkan Wrangler AT SilentTrac dengan teknologi DuraWall.

Direka untuk 80 peratus kegunaan jalan bertar dan 20 peratus lagi jalan-jalan offroad, ia sesuai untuk ramai sebenarnya.

Di bawah Careta senaraikan teknologi dan kelebihan yang ada pada produk Goodyear ini.

Prestasi pelbagai permukaan (All Terrain)

 

Bahagian tengah kawasan bunga tayar Wrangler AT ini menggunakan blok-blok kasar untuk cengkaman terbaik semasa dipermukaan yang tidak diturap.

Ia juga menjadikan tayar ini lebih lasak.

Selain dari itu, teknologi DuraWall yang dikemaskini memberikan dinding tayar (sidewall) yang lebih tebal dan lebih kukuh untuk tahan lebih bagus dari disiat oleh batu atau kayu tajam ketika memandu offroad.

Bahan campuran silika yang digunakan oleh Goodyear untuk bahagian bunga itu pula menjadikan ia lebih liat dan tidak mudah rosak atau tersiat di permukaan lasak. 

Hasilnya, bunga-nunga yang kekal bentuknya untuk pemanduan di jalan yang basah dan juga untuk memastikan tayar ini kekal lebih lama.

 

Prestasi yang senyap

 

Tayar yang selesa ialah tayar yang lebih senyap. Untuk mencapai situasi itu, Goodyear menggunakan blok bunga bersudut (angled traction block) untuk impak yang lebih progresif bagi merendahkan bunyi dari bunga tayar.

Bahu tayar Wrangler AT ini juga memaparkan kombinasi takuk-takuk cengkaman yang jelas dan bahagian sisi yang tegap untuk membaiki lagi impak yang senyap ke atas jalanraya.

Lapisan getah yang lebih tebal di bahagian bawah lapisan bunga tayar AT ini pula menghasilkan efek kusyen ketika ia berputar di atas jalanraya.

Bukan sahaja ia lebih selesa, tetapi ia juga lebih senyap.


Prestasi Perbatuan yang terbaik

Goodyear menggunakan corak bunga yang baharu dan ia mempunyai tambahan permukaan getah setinggi lapan peratus lebih banyak dari Wrangler AT yang lama.

Ia menjanjikan bunga yang tahan lebih lama sebelum botak dan juga memberikan jumlah perbatuan yang lebih tinggi.

Bentuk kaviti yang dioptimakan juga menyediakan permukaan yang lebih seimbang agar corak haus lebih sekata.

 

 

Goodyear Wrangler AT SilentTrac hadir dalam saiz roda aloi 15 inci sehingga 18 inci.

Careta sedang menguji tayar GoodYear ini pada sebuah Ford Ranger Wildtrak dan kami akan kongsikan hasilnya kelak.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Mulai hari ini hingga 15 Mei 2024, pelanggan yang membeli empat biji tayar pengguna Goodyear…
Berita Domestik
Menurut pengumuman dari Nathaniel Madarang, Presiden untuk GoodYear Asia Pasifik, tindakan itu…
Informasi
Untuk itu, pemilihan tayar pastinya menjadi aspek penting untuk memastikan keselesaan dan…