Google kemaskini Android Auto, susun atur lebih kemas, sesuai untuk semua jenis paparan

oleh Mohamad Hanif|
Google baru-baru ini memperlihatkan kemaskini terhadap fungsi Android Auto dengan membawakan beberapa ciri yang mampu memudahkan pengguna fungsi tersebut di dalam kereta.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Salah satu kemaskini yang dibuat adalah penyesuaian terhadap pelbagai jenis saiz dan orientasi skrin yang datang pada setiap kenderaan.

Ini kerana, sesetengah daripada pengeluar lebih gemar menawarkan skrin bersaiz lebar, manakala ada di antara mereka yang menawarkan skrin format potret yang menegak.

Ia secara tidak langsung merupakan satu masalah buat aplikasi Android Auto sebelum ini, kerana ia tidak direka untuk muat pada setiap skrin dengan sempurna, dan fungsi split-screen hanya ditawarkan untuk sesetengah kenderaan sahaja.
 

IO


Dalam kemaskini terbaharu ini, fungsi split-screen ini juga kini mendapat rekaan baharu yang memaparkan tiga fungsi yang selalu digunakan, iaitu navigasi, media dan juga komunikasi secara serentak.  

Android Auto juga membawakan antara muka yang lebih malar segar, di mana ciri seperti fon huruf, bentuk ikon kini lebih menyamai paparan yang ditawarkan oleh peranti pintar yang menjalankan perisian Android standard.

Selain itu, Google juga turut menawarkan ciri Google Assistant, di mana ciri ini akan mencadangkan beberapa jawapan balas terhadap mesej daripada rakan, membenarkan perkongsian masa ketibaan kepada rakan pilihan, serta menyarankan pilihan muzik untuk menemani pemanduan anda.
 

AO


Segala pembaharuan yang didatangkan pada Android Auto ini hanya boleh didapati oleh pengguna dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Malangnya, ramai pengguna internet didapati keliru dengan fon yang digunakan oleh logo tersebut…
Gaya Hidup
Jam tangan G-Shock GSW-H1000 masih lagi membawakan penampilan yang ranggi tipikal sebuah jam tangan…
Berita Global
Analisis yang dibuat oleh Compare the Market meliputi hasil keputusan carian daripada 158 buah…