Google Maps perkenal ciri laluan dioptimasikan untuk kereta petrol, hibrid, dan EV di Eropah

oleh Mohamad Hanif|
Kira-kira setahun lalu, Google memperkenalkan ciri baharu yang membolehkan para pemandu di Amerika Syarikat dan Kanada mencari alternatif laluan yang paling menjimatkan bahan api.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Kini, fungsi carian laluan yang sama diperkenalkan pula di Eropah, serta tampil dengan beberapa ciri baharu.

Ciri yang dilancarkan di Jerman buat kali pertama pada bulan lalu kini tersedia di semua 40 buah negara di benua Eropah, termasuklah Perancis, Ireland, Poland, Sepanyol dan UK.
 

Google Maps


Google menggunakan data daripada Makmal Tenaga Boleh Diperbaharui Nasional (NREL) di bawah naungan Kementerian Tenaga Amerika Syarikat dan Agensi Alam Sekitar Eropah, serta data trend yang dikumpulkannya sendiri untuk menentukan laluan mana yang menjimatkan bahan api.

Pengguna di Eropah juga boleh memilih jenis kenderaan untuk mendapatkan laluan yang lebih efisien, seperti petrol, diesel, elektrik ataupun hibrid.
 

Google Maps


Google juga turut menyediakan ciri baharu untuk para pengguna EV.

Dengan hanya menaip "EV charging station", aplikasi Google Maps itu akan memaparkan butiran terperinci seperti lokasi yang berdekatan, kelajuan pengecasan, serta jenis port pengecasan yang tersedia.

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Ketua Polis Trafik Tol Bitung, Asisten Komisioner Polis Andy Pradana, sejurus menerima…
Berita Global
Menurut salah seorang daripada mangsa, mereka menggunakan aplikasi Google Maps untuk pulang ke…
Berita Global
Fungsi terbaharu itu kini memaparkan pilihan laluan navigasi ke stesen pengecasan bagi menggantikan…