Gorilla Fastback GT Nomad - inspirasi daripada wagon dua pintu Chevy Nomad, RM8,380

oleh Mohamad Hanif|
Red Army Watches membawakan produk jam tangan Gorilla terbaharu yang diinspirasikan daripada wagon dua pintu Chevrolet Nomad, iaitu Fastback GT Nomad.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Gorilla Fastback GT Nomad ini membawakan binaan casis 44 mm yang diperbuat daripada karbon tempa berlapis, bezel seramik walnut brown yang digilap, serta rekaan dial berwarna baby blue yang menggambarkan keindahan ombak pantai California Pasifik.
 

GT


Penutup casis belakang pula diperbuat daripada titanium, di mana di bahagian tengah terdapat tingkap kaca sapphire yang mendedahkan sistem pergerakan Miyota 90S5.

Setiap angka, petunjuk dan jarum jam turut diberikan kemasan Super-Luminova™ untuk memudahkan pembacaan masa apabila persekitaran menjadi gelap.
 

GT


Akhir sekali, Fastback GT Nomad ini diberikan tali jam bi-color Viton™ yang diperbuat daripada bahan kulit hibrid.

Jam tangan Gorilla Fastback GT Nomad ini sudah pun boleh didapati di cawangan Red Army Watches Pavillion KL dan 1 Utama Shopping Centre, dengan harga jualan RM8,380.
 

nomad


Chevrolet Nomad merupakan sports wagon dua pintu pertama yang diperkenalkan di Amerika Syarikat, pada asalnya direka untuk menjadi sebuah kereta keluarga kompak yang mewah.

Namun, ia kemudian berubah menjadi model kegemaran di kalangan komuniti luncur air di California disebabkan praktikaliti yang ditawarkan, di mana mereka akan bergerak dari Los Angeles semata-mata untuk meredah arus ombak pantai di Santa Cruz.

 

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Casio pada asalnya mengeluarkan Casiotron pada tahun 1974, mencipta kejayaan dengan jam tangan…
Gaya Hidup
Pembeli boleh beli apa jua koleksi jam tangan Luminox yang berada di pasaran dan berpeluang…
Gaya Hidup
Casio Edifice ECB-2200HTR ini membawakan semangat Honda Type R menerusi pemilihan warna, bahan dan…