GoVax seru sukarelawan bantu golongan kurang upaya, warga emas ke pusat vaksin

oleh Mohamad Hanif|
Program GoVax Heroes yang dilancarkan oleh GoCar kini menyeru lebih ramai sukarelawan untuk membantu membawa golongan kurang upaya dan warga emas ke pusat pemberian vaksin (PPV).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tawaran ini terbuka kepada mereka yang berumur antara 18 hingga 50 tahun serta memiliki lesen memandu yang sah, di mana setiap sukarelawan ini akan ditugaskan pada hujung minggu (Sabtu dan Ahad) supaya tidak mengganggu jadual dan rutin kerja.

Sukarelawan GoVax Heroes akan dibekalkan dengan kenderaan untuk bergerak, sementara bayaran petrol dan parkir juga akan ditanggung sepenuhnya oleh GoCar.

Maklumat lanjut berkenaan program sukarelawan ini boleh diperoleh menerusi pautan di bawah:

https://hi.gocar.my/blog/were-looking-for-more-govax-heroes/

 


Sebagai makluman, GoVax Heroes merupakan inisiatif yang diperkenalkan oleh GoCar untuk memberikan perjalanan percuma kepada golongan kurang upaya (OKU) dan warga emas.

Semenjak diperkenalkan pada 25 Mei 2021, GoVax Heroes telah pun memberikan manfaat kepada lebih 300 orang warga emas dan OKU, di mana rata-rata sukarelawan terdiri daripada kumpulan pekerja GoCar Malaysia.

Program CSR dengan kolaborasi ADUN Kampung Tunku YB Lim Yi Wei ini merangkumi lokasi PPV di Sunway Pyramid Convention Centre, Hospital Shah Alam, Klinik Rakan Medik Petaling Jaya, University Malaysia Medical Centre (UMMC), dan Ideal Convention Centre Shah Alam (IDCC).

Untuk menempah perkhidmatan perjalanan percuma GoVax, sila hubungi talian hotline 24/7 di 1-300-30-2633 atau terus mengakses kepada aplikasi mudah alih GoCar sehingga 31 Ogos ini.

Tempahan harus dibuat sekurang-kurangnya tiga hari sebelum tarikh suntikan vaksin dan permintaan akan diproses berdasarkan siapa cepat dia dapat.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kadar jam telah dikurangkan hampir 30 peratus, manakala kos tempahan untuk tempoh 30 hari dan ke…
Berita Domestik
Pengumuman itu dibuat pada acara Electric Vehicle Expo (EVx) 2022 yang berlangsung di Setia City…
Berita Domestik
Lokasi baharu yang disertakan dalam program GoVax adalah di Universiti Malaya Medical Centre (UMMC…