GPS dalam semua kenderaan tahun depan - Menteri Pengangkutan Kerala, India

oleh HEZERI SAMSURI|
Kesemua kenderaan di dalam negeri Kerala, India akan diwajibkan menggunakan alat peranti GPS bermula tahun hadapan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Menteri Pengangkutan untuk negeri itu, AK Saseendran, sistem GPS itu akan membantu pemeriksa kenderaan akan status sesebuah kenderaan di jalanraya, termasuk pembayaran cukai jalannya, tanpa perlu memberhentikan kenderaan tersebut.

Beliau juga menambah bahawa selain dari GPS, kerajaan negeri turut mencadangkan penggunaan Sistem Artificial Intelligence yang mampu memberitahu pihak berkuasa samada pemandu dan penumpang menggunakan tali pinggang keledar/top keledar atau tidak.

Projek Kerala Selamat mahu memastikan pengurangan dari segi laporan salah laku trafik dan juga penurunan jumlah kemalangan jalanraya.

* Berita dipetik dari Indian Times

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dia nyata terkejut selepas mendapati kereta yang dipandu wanita berkenaan 'tersangkut' di atas…
Berita Domestik
  Katanya, pelaksanaan peraturan itu adalah sejajar dengan Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia…
Informasi
Bermula pada Januari 1938, Nozomu Matsumoto, pengasas Pioneer membuka sebuah kedai membaiki radio…