GR Supra transmisi manual, GR Corolla, dan Yaris GRMN bakal hadir tahun depan - laporan

oleh Mohamad Hanif|
Laporan berkenaan kehadiran GR Supra bertransmisi manual sebenarnya telah pun lama berlegar sejak pelancaran model itu sendiri, dan sehingga kini ia masih lagi senyap tanpa sebarang berita.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, berdasarkan laporan terbaharu daripada Car Sensor, laman web automotif Jepun itu mendakwa Toyota kini sedang merancang untuk memperkenalkan GR Supra bertransmisi manual pada tahun hadapan.
 

GR Supra


Terdapat ura-ura yang menyebut transmisi manual tersebut bakal ditawarkan bukan sahaja untuk model 2.0 liter, akan tetapi ia bakal dipasangkan pada model berenjin enam silinder sebaris 3.0 liter juga!

Selain daripada pengenalan model bertransmisi manual, Toyota juga merancang untuk memperkenalkan model Supra yang lebih serius, iaitu Supra GRMN namun dalam unit yang terhad pada tahun berikutnya (2023).

Laporan terdahulu mencadangkan Supra GRMN bakal ditawarkan sebanyak 200 unit, menampilkan enjin S58 3.0 liter yang berupaya menghamburkan kuasa sekitar 500 hp.
 

Yaris GRMN


Laman web Jepun itu turut melaporkan model GR Yaris turut mendapat versi GRMN, berkemungkinan besar merupakan versi yang sedang diuji beberapa kali di Litar Neraka Hijau untuk tempoh beberapa bulan kebelakangan ini.

Ia difahamkan bakal hadir dengan kuasa menghampiri 295 hp, jauh lebih berkuasa berbanding model standard (257 hp), dan dengan talaan semula terhadap suspensi dan casis.

Untuk menjadikan Yaris GRMN lebih istimewa, terdapat perancangan untuk membuang tempat duduk belakang, selain sistem pacuan e-4WD yang menggunakan motor elektrik pada gandar belakang, sekaligus membuang komponen aci pemacu ke bahagian tersebut.
 

GR Corolla


Akhir sekali, model yang ditunggu-tunggu ialah GR Corolla.

Menurut Car Sensor, GR Corolla dibangunkan sebagai satu produk yang dikhususkan bagi melawan pesaing seperti Honda Civic Type R dan Subaru WRX STI.

Harga jualan dianggarkan bermula dari 3.5 juta yen (RM127,638), berbeza daripada laporan terdahulu yang mencadangkan ia dijual bermula dari 5 juta yen (RM182,340).
 

GR Corolla


Sumber: Car Sensor

Berita Berkenaan

Berita Global
Mungkin tidak ramai yang tahu, Toyota juga sebelum ini pernah menawarkan sedan pantas Mark X GRMN,…
Berita Global
Menurut Toyota, model ini merupakan tribut kepada jentera Supra Mk4 dengan penawaran dua warna unik…
Berita Global
CEO baharu Toyota, Koji Sato dalam satu kenyataan mendedahkan bekas CEO terdahulu, Akio Toyoda kini…