GR Yaris catat masa 58.573 saat di Litar Tsukuba, kalahkan GT-R Nismo!

oleh Mohamad Hanif|
Toyota GR Yaris boleh disifatkan sebagai sebuah hot hatch yang sebenar, atau dalam bahasa orang putihnya "the little hatch that could".
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Selain daripada pakej yang mantap, ia juga turut didorong dengan kehadiran enjin tiga silinder 1.6 liter turbo yang mempunyai potensi yang cukup tinggi dan mudah untuk ditala.

Di Jepun, sebuah GR Yaris telah telah ditala (dan dipandu oleh pelumba professional Nobuteru Taniguchi) berjaya mencatatkan masa pusingan di Litar Tsukuba di bawah julat 1 minit, atau lebih tepat lagi 58.573 saat.

 


Ini bermakna, GR Yaris itu berjaya mendahului rekod yang pernah dicatatkan oleh Nissan GT-R Nismo pada tahun 2019 dengan kelebihan 0.788 saat!

Berdasarkan info yang diperoleh, GR Yaris yang dibangunkan oleh Garage G-Force tersebut dikatakan berupaya menghamburkan kuasa setinggi 355 hp, atau 87 hp lebih tinggi berbanding enjin standard, selain menggunakan tayar semi-slick bersaiz 265 mm lebar.

Lebih menakjubkan, rekod tersebut mampu dicapai dalam keadaan GR Yaris tersebut tidak menampilkan penambahan aspek aerodinamik yang ketara, malah spoiler belakang masih lagi asli kilang!

 

Berita Berkenaan