GR Yaris HKS kalahkan catatan masa GT-R Nismo di Litar Tsukuba!

oleh Mohamad Hanif|
Dalam keadaan standard kilang, salah satu kereta sports 'pure' dari Toyota, GR Yaris sudah pun mempunyai spesifikasi yang cukup mengkagumkan dengan enjin turbo 1.6 liter tiga silinder sebaris dan pacuan semua roda GR-Four itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, ia tidak pernah menghalang beberapa syarikat penala untuk terus meneroka potensi sebenar hot hatch homologasi rali itu, dan hasilnya, sebuah GR Yaris yang mampu menghamburkan angka output sehingga 475 kuasa kuda!

Dari Jepun, HKS telah pun menjalankan modifikasi terhadap unit kuasa GR Yaris seperti unit turbo yang lebih besar, intercooler dengan sistem semburan terbina, dan talaan kepada ECU yang mampu menghasilkan 375 kuasa kuda.

 


Dengan bantuan sistem NOS, angka tersebut mampu ditingkatkan kepada 475 kuasa kuda, dan ia sudah cukup impresif sekiranya anda memikirkan bahawa kondiri dalaman enjin itu sendiri adalah cukup standard kilang tanpa sebarang modifikasi!

Keupayaan sebenar GR Yaris HKS tersebut ditunjukkan secara rasmi menerusi ujian di Litar Tsukuba Jepun, di mana pemandu Nobuteru Taniguchi mampu melengkapkan satu pusingan sepantas 58.4 saat.

Sebagai perbandingan, Nissan GT-R Nismo selaku kereta produksi terpantas yang pernah diuji di litar tersebut hanya mampu melengkapkan satu pusingan sepantas 59.3 saat.

Video penuh boleh ditonton pada pautan Youtube di bawah.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Nissan GT-R NISMO 2024   Terbaru Nissan memperkenalkan GT-R 2024 untuk pasaran Jepun bersama…
Berita Global
  Seperti biasa, GT-R digerakkan enjin VR38DETT 3.8 liter V6 turbo berkembar dan padanan…
Berita Global
Selain daripada pakej yang mantap, ia juga turut didorong dengan kehadiran enjin tiga silinder 1.6…