GR Yaris Powertune jana 740 HP, komponen dalaman enjin standard!

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Sebuah syarikat penala di Australia telah berjaya memerah 740 HP daripada enjin tiga silinder 1.6 liter turbo GR Yaris, dimana angka tersebut ampir tiga kali ganda daripada yang dihasilkan dari kuasa asal.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

Berdasarkan graf hasil larian dyno yang dikongsikan oleh Powertune Australia, enjin G16E-GTS 3 silinder 1.6 liter turbo itu berjaya menghasilkan keluaran kuasa tertinggi sehingga 740.9 HP!

Menurut sumber dari CarBuzz, rahsia di sebalik angka tersebut agak mengejutkan, dimana ia masih mengekalkan kebanyakan komponen standard enjin tersebut.

 

2

 

Keseluruhan enjin dibina semula dengan komponen standard, bersama naik taraf turbo Garrett G30-770 58 mm, head gasket yang lebih kuat, intercooler lebih besar, skru head prestasi, dan tentu sekali galakan atau boost yang lebih tinggi.

Bagi menyokong naik taraf prestasi baharu itu, GR Yaris tersebut turut dilengkapi injector lebih besar dan fuel pump yang lebih kuat, yang kini dikawal oleh ECU MoTeC.

 

3

 

Selain dari semua naik taraf itu, komponen lain di dalam enjin seperti rod, engkol dan omboh masih dikekalkan standard.

Transmisi asal, manual 6 kelajuan pula digantikan dengan transmisi berjujukan (sequential), sememangnya menakjubkan hasil dari sebuah enjin 3 silinder pembakaran dalaman asli tanpa bantuan elektrifikasi.

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Terima kasih kepada penglibatan berterusan di dalam sukan permotoran, Toyota kini boleh menggunakan…
Berita Global
Mereka turut melancarkan kempen iklan bersiri, di mana dua daripadanya telah pun disiarkan sebelum…
Berita Domestik
Selain barisan binaan terkenal dari penala Jepun, TAS Kuala Lumpur yang pertama kali diadakan itu…