GR Yaris Rally1 bakal tunjuk taring sebenar musim WRC 2022

oleh Mohamad Hanif|
Toyota GR Yaris merupakan model homologasi perlumbaan yang diperkenalkan pada tahun 2020 di mana hot hatch ini hanya dihasilkan dalam unit terhad 25,000 unit di seluruh dunia.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Kecuali beberapa acara rali di Jepun, kelibat jentera ini masih lagi tidak kelihatan di mana-mana acara perlumbaan rasmi WRC, malah pada tahun 2021 Toyota masih lagi menggunakan model lama untuk berlumba.

Sebab utama Toyota berbuat demikian adalah kerana tahun 2022 menandakan perubahan besar di dalam regulasi perlumbaan, jadi ini merupakan masa terbaik bagi pengeluar itu untuk mendedahkan jentera rali baharu mereka.

Memperkenalkan, GR Yaris Rally1.
 

GR Yaris


Bermula tahun 2022, GR Yaris Rally1 bakal bertempur di dalam kelas tertinggi Rally1 yang memerlukan semua jentera menggunakan trenkuasa hibrid yang terdiri daripada enjin empat silinder sebaris 1.6 liter turbo yang dipadankan dengan motor elektrik (134 hp, 180 Nm).

Tidak ketinggalan, pek bateri sebesar 3.9 kWh dengan perumah gentian karbon yang diposisikan dekat dengan gandar belakang.

Dari segi luaran, ia sama sahaja dengan model GR Yaris jalanan dengan bentuk hatchback tiga pintu, dan penampilan kit badan yang lebar terdiri daripada tambahan pada fender, bampar kustom, skup hud, liang kemasukan udara sisi, serta spoiler belakang yang lebih besar.

GR Yaris Rally1 akan bersaing dengan Ford Puma Rally1 dan Hyundai i20 Rally1 pada pusingan pembukaan Rally Monte Carlo (20-23 Januari 2022).

 

GR Yaris


Selain daripada WRC, Toyota juga akan menyertai beberapa acara berprestij seperti:

  • kejuaraan endurans WEC (kategori Hypercar LMH) - GR010 HYBRID
  • Dakar Rally 2022 - GR Dakar Hilux T1+
  • Japanese Rally Championship - GR Yaris
  • Super GT - GR Supra GT500
  • Japanese Super Formula Championship
  • Super Taikyu - Corolla Sports berkuasa hidrogen, GR 86 Tom's Spirit

Berita Berkenaan

Berita Global
Setiap satu dijual pada harga bermula dari €42,490 (RM216,333).   Toyota GR Yaris WRC boleh…
Sukan Bermotor
Pengeluar yang sinonim dengan enjin boxer itu menarik diri daripada WRC pada tahun 2008 atas alasan…
Sukan Bermotor
Subaru Motorsports USA baru-baru ini memperlihatkan jentera ampuh yang bakal digunakan untuk musim…