GR Yaris talaan HKS mampu hasilkan 475 hp!

oleh Mohamad Hanif|
Ucapkan selamat datang kepada GR Yaris yang paling berkuasa pada ketika ini hasil daripada kerja tangan pakar penala terkenal, HKS.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jentera baharu ini diperlihatkan menerusi satu hantaran yang dibuat oleh laman web automotif Speedhunters yang mendedahkan jumlah kuasa kuda sebenar yang boleh dicapai menerusi modifikasi yang tepat - 475 kuasa kuda!

Harus diingat, enjin asal tiga silinder sebaris 1.6 liter turbo G16E-GTE ini secara standard mampu menghasilkan 275 kuasa kuda, namun pihak HKS berupaya mengekstrak hampir 200 kuasa kuda tambahan!

 


Apa yang dilakukan oleh HKS adalah tidak membuat sebarang sentuhan terhadap unit enjin itu sendiri, sebaliknya menukar ECU standard kilang kepada sistem pengurusan enjin MoTec M150, memasang unit bolt-on turbo prototaip dan meningkatkan kadar boost daripada 1.4 bar kepada 2.7 bar.

Selain daripada itu, ia dibantu dengan unit intercooler prototaip, dengan sistem penyembur khas, dan saluran yang telah dibina semula.

Kotak udara asal telah digantikan dengan HKS Super Power Flow, dan daripada modifikasi yang disebutkan tadi enjin tersebut mampu menghasilkan 375 hp.

Tidak cukup dengan itu, 100 kuasa kuda tambahan diperoleh daripada penggunaan sistem suntikan nitrous oksida (NOS), menjadikan kereta kecil ini berupaya menghasilkan output sekitar 475 kuasa kuda!!

 


Walaupun dengan kuasa yang menghampiri angka 500, namun sistem pacuan semua roda dan transmisi manual enam nisbah kelajuan standard Toyota masih lagi berfungsi dengan baik.

Modifikasi itu tadi diakhiri dengan sistem ekzos kustom yang mampu memberikan runut bunyi yang sama seperti jentera WRC sebenar!

 


Sementara ruang dalaman pula masih lagi mengekalkan komponen standard sama seperti keadaan asal keluar dari kilang, kecuali beberapa penambahan seperti paparan meter MoTeC C125 skrin berwarna dan tempat duduk Bride bagi memegang erat pemandu ketika kereta dibelasah atas jalan.

 


Seperti yang ditunjukkan beberapa bulan yang lalu, GR Yaris HKS ini menggunakan kit badan lebar yang dihasilkan oleh Pandem, diikuti dengan suspensi prototaip HKS, set rim Yokohama Advan Racing R6 bersaiz 18 inci yang dibaluti tayar Advan A052 semi-slick.

Seperti yang boleh dijangkakan daripada syarikat penala, HKS kini merancang untuk memasuki fasa kedua bagi menjadikan jentera GR Yaris ini ke satu tahap yang lebih tinggi, dan mungkin sekali akan hadir dengan jentera GR Yaris berkuasa 500++ pada masa akan datang.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Bermula dari Toyota GR Supra, ia kemudian disusuli dengan Toyota GR Yaris, GR86, serta hot hatch…
Berita Global
Mungkin tidak ramai yang tahu, Toyota juga sebelum ini pernah menawarkan sedan pantas Mark X GRMN,…
Berita Global
Jika bukan kerana jasa Morizo (atau Akio Toyoda) yang sudi mengotorkan tangan di dalam litar lumba…