GR86 generasi ketiga muncul 2025, nadi hibrid 330 PS guna asas enjin GR Yaris!

oleh Mohamad Hanif|
Generasi kedua kereta sports coupe Toyota GR86/Subaru BRZ baru sahaja menjengah dunia tiga tahun lepas.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, terdapat ura-ura Toyota akan melancarkan model generasi ketiga GR86 pada tahun 2025, tidak lama selepas penjualan GR86/BRZ sedia ada ditamatkan pada tahun yang sama.

Khabar angin kemunculan model GR86 baharu ini sudah pun kedengaran lama sejak dari tahun lepas lagi.

Info terbaharu yang diterima oleh Best Car Web mendedahkan GR86 2025 ini akan dilengkapi dengan enjin tiga silinder sebaris 1.6 liter turbo G16E-GTS yang sama digunakan pada GR Yaris dan GR Corolla, dan dipadankan dengan sistem hibrid (HEV)!
 

imej janaan komputer oleh Best Car Web


Sistem hibrid tersebut bukanlah tipikal Toyota Hybrid System (THS) dengan enjin melintang yang biasa kita lihat pada model kereta penumpang Toyota masa kini.

Sebaliknya, ia merupakan sistem hibrid selari dengan konfigurasi enjin menegak yang dijadualkan muncul pada Land Cruiser 250 dan Lexus GX pada tahun ini.

 

gr yaris


Sesuai dengan sifatnya sebagai sebuah kereta sports, GR86 generasi baharu dengan kuasa melebihi 300 hp itu juga akan dilengkapi dengan kotak gear manual dan pilihan transmisi automatik.

Adakah ini satu petanda pengakhiran bagi kerjasama antara Toyota dan Subaru?

Baca: Generasi ketiga GR86/BRZ mungkin tiba seawal 2025 - laporan

Baca: Toyota GR86 edisi ulang tahun ke-40 AE86

Baca: Penjualan GR86/BRZ akan ditamatkan 10 bulan dari sekarang

Sumber: Best Car Web

Berita Berkenaan

Berita Global
Mungkin tidak ramai yang tahu, Toyota juga sebelum ini pernah menawarkan sedan pantas Mark X GRMN,…
Sukan Bermotor
Pasukan Toyota akan menampilkan tiga jentera, iaitu ORC Rookie GR86 CNF Concept, ORC Rookie GR…
Berita Global
Menurut laman Mag-X, Toyota kini sedang membangunkan GR86 dengan enjin tiga silinder sebaris…