Grab buang 1000 orang tenaga pekerja - laporan

oleh Mohamad Hanif|
sumber gambar: Business Today
Syarikat Grab baru-baru ini mengumumkan langkah penstrukturan semula di mana seramai 1,000 orang tenaga pekerja akan dihentikan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Langkah tersebut akan menjejaskan kira-kira 11 peratus daripada jumlah keseluruhan kakitangan syarikat tersebut, antara yang terbesar pernah dibuat.

Dalam satu kenyataan, CEO-nya Anthony Tan menjelaskan langkah tersebut diambil bukan sebagai satu jalan pintas untuk mencapai keuntungan.

"Perubahan tidak pernah sepantas ini. Teknologi seperti Generative AI sedang berkembang dengan pantas. Kos modal juga meningkat, memberikan kesan secara langsung kepada landskap persaingan.

"Matlamat utama langkah penstrukturan semula ini adalah untuk menyusun semula syarikat secara strategik, supaya dapat bergerak dengan pantas, bekerja dengan lebih bijak dan mengimbangi semula sumber seluruh portfolio selari dengan strategi jangka panjang kami.

Sebelum ini, Grab telah menghentikan 360 orang pekerja pada tahun 2020 - atau lima peratus daripada jumlah tenaga kerja keseluruhan - disebabkan oleh wabak pandemik yang melanda dunia pada ketika itu.

Sumber: NST, Grab

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Baru-baru ini, syarikat ride-hailing Bolt itu telah menyenaraikan di LinkedIn untuk jawatan…
Berita Domestik
Mereka menyuarakan rasa tidak puas hati dengan penurunan kadar asas daripada RM5 kepada RM4.…
Berita Global
Menurut satu kenyataan, syarikat yang berpangkalan di Berlin itu merancang untuk menjual…