
Dalam ucapannya, YB Anthony Loke menyatakan bahawa inisiatif oleh Grab ini selari dengan matlamat kerajaan untuk mempercepatkan peralihan kepada sistem pengangkutan rendah karbon. “Pelancaran perkhidmatan EV ini menunjukkan komitmen Kementerian Pengangkutan terhadap sistem pengangkutan yang lebih bersih, cekap dan mesra alam,” jelas beliau. Beliau turut menegaskan bahawa pengangkutan elektrik merupakan teras utama dalam Dasar Pengangkutan Negara 2019–2030.

Perbandingan Harga: BYD M6 vs MPV Biasa Grab

Berdasarkan semakan aplikasi Grab, perjalanan dari KLIA Terminal 1 ke Banjaria Court menunjukkan perbezaan harga yang ketara:
-
BYD M6 (EV 6 Seats) – RM145.00
-
Lokasi ambil: EV Pickup – Level 3 (Door 4)
-
Kenderaan: EV sepenuhnya
-
Pilihan baharu dalam aplikasi Grab
-
-
Standard MPV 6 Seats (Petrol) – RM117.00
-
Lokasi ambil: eHailing – Level 1 (Door 3)
-
Kenderaan: Petrol biasa (seperti Alza/Exora)
-
Ini menunjukkan perbezaan harga sekitar RM28, dengan BYD M6 lebih mahal berbanding MPV petrol biasa untuk laluan yang sama. Walaupun begitu, Grab EV menawarkan pengalaman lebih senyap, mesra alam, dan sesuai untuk pengguna yang mahukan alternatif tanpa emisi.
Kemudahan Tambahan: EV Lounge di KLIA

Sebagai pelengkap kepada pelancaran ini, Grab turut memperkenalkan EV Lounge khas di KLIA, khusus untuk pengguna perkhidmatan Grab EV. Kemudahan ini dilihat sebagai satu bentuk nilai tambah kepada penumpang yang memilih pengalaman premium, mesra hijau dan selesa dari lapangan terbang.
Selain BYD M6, pihak Grab juga menyatakan akan menambah lebih banyak model EV lain pada masa depan termasuk Denza D9 dan BYD Seal, selaras dengan aspirasi mereka mencapai 50,000 EV di seluruh Asia Tenggara menjelang 2040.