GrabBike mulakan ujian teksi motosikal di kawasan KLCC, Bukit Bintang, Chow Kit dan Pudu

oleh Mohamad Hanif|
Dalam satu perkembangan lain, perkhidmatan teksi motosikal dari Grab, iaitu GrabBike dilihat sudah pun memulakan ujian operasi seru-motosikal.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Namun, buat masa ini Grab mengehadkan ujian teksi motosikal GrabBike ini di lokasi KLCC serta turut meliputi Bukit Bintang, Pudu dan Chow Kit. 

Berdasarkan pengamatan terhadap aplikasi Grab sepintas lalu, opsyen yang diberikan juga turut menarik perhatian apabila Grab dilihat menawarkan pilihan kepada pengguna wanita untuk memilih rider wanita secara berasingan. 

Ini sekaligus memastikan keselamatan dikalangan para rider wanita dan juga pembonceng wanita. 

Tambang yang dikenakan adalah seperti berikut:


Tambang asas: RM3.70
Tambang minimum: RM3.70
Servis Perkhidmatan: RM0.30
Caj: RM0.55 untuk setiap kilometer untuk perjalanan kurang dari 5.5 kilometer
Caj tambahan: RM1.00 untuk setiap kilometer bagi perjalanan melebihi 5.5 kilometer

Lokasi ujian dilihat sangat bersesuaian kerana ia merupakan lokasi yang sering berlaku kesesakan trafik, dan berdasarkan pengalaman penulis sendiri, amat sukar untuk mendapatkan perkhidmatan seru-pandu terutama ketika waktu puncak. 

Opsyen GrabBike ini hanya ditawarkan sekiranya anda berada di lokasi yang kami sebutkan di atas. 

Sumber: Amanz

Berita Berkenaan

Berita Global
Tidak seperti jenama lain yang dimiliki oleh Geely, Cao Cao Auto dikhususkan untuk perkhidmatan…
Berita Global
Terbaharu, Geely mengumumkan mereka akan hadir dengan sebuah lagi jenama baharu iaitu Cao Cao…
Berita Domestik
Menurut beliau, operator e-hailing mengenakan caj antara 70 ke 90 sen untuk setiap kilometer dan…