Great Wall Motor gandakan pelaburan EV di Thailand

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat pengeluar Great Wall Motor akan menggandakan pelaburan mereka di pasaran Thailand dalam usaha untuk mengekalkan kedudukan sebagai jenama kenderaan elektrik terkemuka di negara itu, menurut laporan Nikkei Asia.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Sejak memasuki pasaran tersebut dua tahun yang lalu, GWM telah melabur sejumlah 12 bilion baht (RM1.52 bilion) untuk memasang EV dengan lebih 3,000 tenaga pekerja.

Menurut Narong Sritalayon, Pengarah Urusan GWM Thailand berkata, “kami merancang untuk melabur 22.6 bilion baht (RM2.86 bilion) di Thailand.

“Kami akan menghasilkan bukan sahaja EV, malah alat ganti dan infrastruktur EV dalam usaha untuk menjadikan Thailand hab produksi EV di Asia Tenggara.

Sehingga kini, GWM telah berjaya menjual 11,796 unit kenderaan, dan angka ini jauh mengatasi ramalan yang dibuat oleh Federation of Thai Industries pada tahun 2021 yang menjangkakan jualan kenderaan elektrik bagi semua jenama sekitar 10,000 unit untuk tahun 2022.
 

EV


Sementara itu, TTB Analytics meramalkan penjualan EV di Thailand mampu mencecah 63,600 unit menjelang akhir tahun, naik 539 peratus berbanding tempoh 2021.

Kerajaan Thailand dalam masa yang sama turut memperkenalkan beberapa insentif bagi menggalakkan lagi permintaan terhadap EV, seperti meluluskan subsidi bernilai 70,000 baht – 150,000 baht untuk setiap EV, bergantung kepada model dan kapasiti bateri serta mengurangkan tarif import EV.

Menurut Narong lagi, memandangkan permintaan semakin bertambah, Great Wall merancang untuk memperkenalkan empat buah model EV baharu menjelang tahun depan.

Great Wall juga akan terus membangunkan teknologi EV bagi menjadikan fasiliti di Rayong Province sebuah kilang pintar dengan kapasiti produksi tahunan 80,000 unit.

“Sekitar 60 peratus produksi akan dikhususkan untuk penjualan domestik, manakala selebihnya untuk pasaran eksport.

“Kami akan berpegang dengan matlamat kami untuk menjadi syarikat peneraju di Thailand. Jadi, kami bukan sahaja memasang EV, malah akan membina ekosistem dan infrastuktur EV untuk membantu merangsangkan lagi permintaan yang mampan.

Sumber: Nikkei Asia menerusi FMT

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Lebih dikenali dengan nama Ora Grand Cat atau Lightning Cat di sesetengah pasaran, Ora 07 merupakan…
Informasi
Tujuannya mudah, GWM mahu membina satu hubungan yang lebih baik antara mereka dengan pelbagai…
Berita Global
MINI Cooper generasi baharu ini dibina berdasarkan platform Spotlight EV yang dibangunkan menerusi…