GRIP: A Toyota Story, kisah perlumbaan manusia melawan penguasaan kereta swapandu

oleh Mohamad Hanif|
Animasi kartun, atau anime merupakan salah satu wadah pendekatan yang digunakan oleh pengeluar automotif Jepun (terutama Toyota) dalam mendekatkan produk pantas mereka kepada peminatnya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jika anda masih ingat, beberapa tahun yang lepas Toyota menggunakan animasi untuk mengiklankan produk kereta pacuan roda belakang GR86, diikuti model GR Corolla.

Malah, Subaru juga turut menggunakan pendekatan yang sama untuk mempromosikan model Subaru WRX STI.

Terbaharu, Toyota USA bakal menayangkan siri animasi "GRIP: A Toyota Story" sebagai satu cara untuk mempromosikan barisan model-model berprestasi tinggi kepada umum.
 

GR


Menurut Toyota, anime original ini mengisahkan GRIP sebagai sebuah pasukan harapan terakhir manusia 'menentang' individu yang bertanggungjawab memperkenalkan teknologi swapandu yang tidak mempunyai jiwa pada masa depan.

Pasukan GRIP terdiri daripada tiga watak utama, iaitu Jae Kang yang memandu sebuah GR Corolla, Linh "Nitro" Lam (memandu GR Supra) dan Kumail Jo (pemandu GR86), di mana ketiga-tiga watak ini dibantu oleh Master Rugu.
 

GR


Sementara watak antagonis pula dipegang oleh Dr. Aron Synth - bekas pemandu terkemuka yang kini berazam untuk menghapuskan kemahiran memandu umat manusia di atas muka bumi.

Toyota turut mengakui anime GRIP ini banyak diinspirasikan daripada anime terkemuka Initial D dan siri sekuel MF Ghost, di mana kedua-dua siri animasi ini sebenarnya banyak membantu mempromosikan barisan kereta handalan Toyota kepada para peminatnya.
 

GR


Video trailer GRIP boleh disaksikan menerusi pautan dibawah, sementara siri lima episod penuh GRIP akan ditayangkan di laman web Toyota USA bermula 27 Februari ini.

 

 

Episod 1

 

Episod 2