Mungkin tidak ramai yang sedar, Mitsubishi juga sebenarnya ada pernah menghasilkan sebuah wagon berprestasi tinggi Mitsubishi Lancer IX Wagon GT.
Sangat sukar untuk dicari, disebabkan angka produksi hanya dihadkan kepada 2,500 unit sahaja dan lebih malang lagi, ia dikhususkan untuk pasaran Jepun sahaja.
Salah satu daripada 2,500 unit itu ada dipaparkan menerusi saluran YouTube That Racing Channel, namun ia bukanlah standard kilang seperti yang disangka.
Menurut pemiliknya, Jeffrey mendakwa wagon Lancer Evolution IX ini berupaya menghasilkan kuasa setinggi 917 hp dan daya kilas 927 Nm!
Modifikasi yang dibuat termasuklah menggunakan kit stroker 2.2 liter daripada Manley Performance, dan kemudian enjin itu dikahwinkan dengan transmisi jenis sekuential.
Jeffrey mendapat unit wagon ini pada awal tahun 2020, dan projek ini dikatakan memakan masa tiga tahun untuk disiapkan.
"Pada mulanya, saya tidak tahu pun kehadiran wagon Mitsubishi ini sehinggalah saya melihat sendiri unit yang hendak dijual. Ini mengejutkan saya," jelasnya.
"Dan saya berfikir, daripada membina sebuah Evo 8 atau 9, saya akan membina sebuah wagon!
Video penuh wagon jahat ini boleh ditonton pada pautan YouTube di bawah: