GT Live! Gegarkan Sepang – Konsert Selepas Perlumbaan Kini Termasuk Dalam Tiket SUPER GT

oleh Firdaus Razani|
Festival perlumbaan dan hiburan terulung negara bakal kembali dengan lebih hebat! SUPER GT Malaysia Festival 2025 bukan sekadar aksi di litar, malah penonton turut disajikan dengan pelbagai aktiviti menarik termasuk persembahan konsert GT Live! pasca perlumbaan yang bakal menggegarkan Litar Antarabangsa Petronas Sepang dari 26 hingga 28 Jun ini.
PERODUA MREC Banner Campaign May 2025

Penganjur rasmi, HARO Sports & Entertainment selaku pemegang hak dan promoter untuk pusingan Malaysia, bersama Nihon Matsuri selaku penganjur bersama, menjanjikan pengalaman penuh keterujaan buat para pengunjung, satu tiket memberi akses kepada perlumbaan GT, pameran automotif, festival budaya Jepun, perhimpunan kereta JDM dan tentunya konsert GT Live! yang dinanti-nantikan.

 

gt

 

“SUPER GT Malaysia Festival bukan sekadar perlumbaan. Ia merupakan acara penuh gaya hidup yang meraikan keghairahan terhadap sukan permotoran, muzik dan budaya,” kata Fahrizal Hasan, Rakan Pengurusan HARO Sports & Entertainment.

Antara yang mencuri tumpuan tahun ini ialah kemunculan trio viral dari Indonesia, Tenxi, Naykilla dan Jemsii (TNJ), yang terkenal dengan lagu tular “Garam & Madu (Sakit Dadaku)”. Lagu ini mencetuskan fenomena global menerusi TikTok dan YouTube dengan lebih 114 juta tontonan, dan kini bakal dipersembahkan secara langsung di Malaysia buat julung kalinya!

 

gt

 

Turut menghangatkan pentas GT Live! ialah kumpulan KLP48 (gabungan bintang J-Pop dan M-Pop), serta barisan artis tempatan seperti FAREED dari K-CLIQUE, Sabhi Saddi dan Kaka Azraff.

Tiket Early Bird masih boleh didapati dengan harga serendah RM80, termasuk akses ke perlumbaan dan konsert. Tiket lain merangkumi:

  • RM100 (K1 Grandstand)
  • RM200 (Main Grandstand)
  • RM350 (GT Suite)
  • RM500 (GT Live! Rock Zone)
  • RM2,000 (GT Club Paddock)

Maklumat lanjut dan pembelian tiket boleh dibuat di laman rasmi: www.supergtmalaysia.com

Sebagai penaja utama, UMW Toyota Motor dan Toyota GAZOO Racing Malaysia turut memeriahkan penganjuran tahun ini, memperkukuh komitmen mereka dalam mengangkat budaya permotoran di Malaysia. Selain SUPER GT, festival ini turut menjadi medan bagi Pusingan Ke-2 Toyota GAZOO Racing Vios Challenge 2025, satu-satunya siri perlumbaan satu model negara yang menyatukan pemandu profesional, selebriti dan bakat baharu dalam jentera Toyota Vios yang disediakan secara sama rata.

 

gt

 

Pelbagai aktiviti turut disediakan untuk peminat termasuk:

  • Paparan kereta lumba dan model eksklusif Toyota
  • Zon interaktif dan simulator perlumbaan
  • Penampilan istimewa duta dan pemandu GAZOO Racing
  • Jualan barangan rasmi dan cenderahati eksklusif

SUPER GT Malaysia Festival 2025 juga akan menyaksikan penganjuran pertama GR86 Cup Malaysia Series yang disokong oleh Toyota dan Bridgestone selaku Pembekal Tayar Rasmi. Siri perlumbaan satu model ini akan menampilkan jentera Toyota GR86 dan berlangsung sebagai perlumbaan sokongan dengan dua perlumbaan 10 pusingan sepanjang hujung minggu festival.

Menambah lagi kerjasama strategik, Selangor FC diumumkan sebagai Rakan Strategik kepada HARO Sports & Entertainment dalam usaha memperluaskan pengalaman baharu yang menyatukan dunia bola sepak dan sukan permotoran melalui kandungan kreatif serta peluang komersial.

Sementara itu, CraftLab Asia tampil sebagai Rakan Visual Rasmi yang bertanggungjawab dalam rekaan balutan kenderaan untuk siri jelajah promosi acara.

SUPER GT Malaysia Festival 2025 merupakan antara acara penting dalam menyokong Tahun Melawat Malaysia 2026dan Visit Selangor 2025, serta disokong oleh Tourism Malaysia dan Tourism Selangor.