GT-R mini? Tidak, ini sebuah Daihatsu Copen 658 cc!

oleh Mohamad Hanif|
Rumah penala Liberty Walk merupakan pakar dalam menghasilkan kit-kit badan yang mengancam, seksi, dan mampu menarik perhatian walaupun dalam keadaan statik tidak bergerak.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Lihat sahaja hasil yang pernah diperlihatkan sebelum ini pada supercar-supercar Itali, tidak ketinggalan jentera dari Jepun itu sendiri.

Untuk contoh kali ini, hasil kerja Liberty Walk 'sedikit kecil' dan comel berbanding biasa walaupun rupa seakan sebuah GT-R.

 


Ini kerana model asas yang digunakan itu sendiri merupakan sebuah kei-car, Daihatsu Copen!

Kit badan Liberty Walk untuk Daihatsu Copen sebenarnya sudah pun terdapat di pasaran untuk beberapa tahun kebelakangan ini, dan kali ini mereka memperlihatkan kit badan yang diinspirasikan daripada Nissan GT-R.

 


Pakej yang ditawarkan ini merangkumi gril hadapan GT-R, ruang kemasukan udara, serta pemasangan lampu nyalaan siang LED - sememangnya mengambil inspirasi daripada Nissan GT-R sebenar.

Lampu asal Daihatsu Copen nampaknya secocok dengan rekaan gril bersegi itu, sementara pemasangan splitter hadapan pula menambahkan lagi gaya agresif GT-R mini ini.

Sebagai sebuah pakar kit badan lebar, Daihatsu Copen ini tidak dapat lari daripada pemasangan arca roda yang lebar, skirt sisi, serta rim aftermarket.

 


Modifikasi di bahagian belakang pula menempatkan sayap belakang, logo GT-R, bumper beserta diffuser dan empat tip ekzos sama seperti yang terdapat pada Nissan GT-R sebenar.

Walaupun dengan kit badan yang agresif, nadi utama Daihatsu Copen ini masih lagi kekal dengan enjin tiga silinder sebaris 658 cc...

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Diproduksikan untuk tempoh dua tahun sahaja, sebanyak 4,392 unit Autozam AZ-1 yang keluar dari…
Berita Global
Tahun lepas, mereka tampil di Tokyo Auto Salon dengan Ferrari F40 yang dipadankan kit badan lebar…
Berita Global
Selepas mengejutkan dunia dengan kehadiran Ferrari F40 berbadan lebar, Liberty Walk bakal muncul…