Guna Boost di Petron atau Watsons, rebut peluang bawa balik wang tunai RM240 ribu!

oleh Mohamad Hanif|
Pelanggan Petron kini berpeluang untuk menikmati ganjaran yang lebih menarik dengan memperolehi pulangan tunai sebanyak RM3 hanya dengan pembelian di Watsons dan sebaliknya apabila mereka menggunakan aplikasi e-dompet, Boost.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebanyak 80,000 pulangan tunai bernilai sehingga RM240,000 boleh diperolehi melalui aplikasi Boost sepanjang tempoh promosi dengan pulangan tunai semaksima empat kali dari kedua-dua Petron dan Watsons apabila menggunakan aplikasi Boost.

Untuk mendapatkan ganjaran pulangan tunai tersebut, pelanggan perlu berbelanja minimum RM30 dalam satu pembelian menggunakan aplikasi Boost di Watsons atau stesen minyak Petron yang terlibat.

Pulangan tunai akan dikreditkan ke dalam akaun e-dompet Boost dan boleh terus digunakan untuk pembelian seterusnya dengan syarat minimum pembelian berjumlah RM30.

Menurut Choong Kum Choy, Ketua Dagangan Runcit dan Perniagaan Komersial Petron Malaysia berkata, “Kerjasama dengan Boost dan Watsons adalah untuk memberi penghargaan kepada pelanggan kami dengan menawarkan ganjaran yang lebih apabila mereka mengisi minyak di Petron. Selain itu, mereka akan diberikan dua mata ganjaran PMiles untuk setiap liter pembelian melalui program kad PMiles. Kami menjemput orang ramai untuk menikmati pengalaman ‘Fuel Happy’ ini bersama Petron.”

“Ekosistem e-dompet yang memberi kemudahan pembayaran dan keselamatan telah berjaya menarik minat banyak pihak, termasuk pelanggan Petron. Dengan menawarkan perkhidmatan e-dompet di stesen kami, kami akan dapat memenuhi keperluan pelanggan yang gemar mengamalkan gaya hidup digital yang semakin berkembang,” tambah Choong.

Promosi ini berlangsung mulai 1 November sehingga 31 Disember 2020. Kesemua pulangan tunai perlu digunakan sebelum 14 Januari 2021.

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi antara Petron, Boost dan Watsons serta cara untuk mendapatkan pulangan tunai, sila layari Facebook @ PetronMalaysia, Twitter @Petron_Malaysia dan Instagram @petron_malaysia atau Facebook @myboostapp dan Instagram @myboostapp. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menerusi peraduan BoostUp Pick & Win, Boost eWallet turut menawarkan pelbagai hadiah menarik…
Informasi
  "Sehingga 12 tengah hari, kapasiti aplikasi mencerminkan peningkatan dalam pemprosesan trafik…
Berita Domestik
  "Rakyat Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas yang berpendapatan kurang dari RM100,000 setahun,…