Guna lorong kecemasan - 9 pemilik kenderaan diminta 'menyerah diri'

oleh SALINA JALIL|
Polis sudah mengenal pasti sembilan kenderaan memotong menggunakan lorong kecemasan di laman Port Dickson Area, di sini, seperti dalam rakaman video berdurasi 43 saat yang tular di Facebook, semalam.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, kejadian berlaku antara 2 hingga 3 petang semalam.

 

"Pergerakan kenderaan ketika itu dari arah Sunggala menuju ke arah Sua Betong memasuki Lebuh Raya Seremban-Port Dickson.

 

"Polis juga sudah mengenal pasti butiran pemilik dan jenis kenderaan yang melakukan kesalahan itu," katanya dalam satu kenyataan media di sini tadi.

Aidi Sham berkata, pemilik kenderaan berkenaan diminta supaya hadir ke Balai Trafik Port Dickson bagi membantu siasatan.

 

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 279 Kanun Keseksaan dan Kaedah 53(1) Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata, siasatan mendapati insiden jam 1.58 petang berpunca tindakan suspek menggunakan…
Informasi
  Menurutnya, sehubungan itu, masyarakat dinasihatkan merancang perjalanan sebaiknya untuk keluar…
Berita Domestik
  "Lelaki itu hadir kira-kira jam 8.20 pagi tadi di Balai Trafik Port Dickson dan mengakui memandu…