Guna lorong motosikal, polis kesan pemandu Myvi putih

oleh Mohamad Hanif|
Polis sedang mengesan pemandu sebuah Perodua Myvi berwarna putih yang memandu di laluan motosikal dalam video tular dipercayai dirakam di Lebuhraya Persekutuan di sini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, video tersebut dikesan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Petaling Jaya sekitar jam 5.30 petang pada Jumaat.

"Video tersebut tular di media sosial memaparkan sebuah kereta memandu di lorong motosikal di Kilometer (KM) 32.9 Lebuhraya Persekutuan arah Shah Alam.

"Kenderaan terlibat adalah sebuah kereta jenis Perodua Myvi putih. Dalam kejadian tersebut tidak melibatkan kemalangan serta kecederaan kepada pengguna jalan raya yang lain," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, pihaknya sedang giat mengesan pemandu kenderaan tersebut untuk diambil keterangan.

"Kepada yang melihat atau berada di tempat kejadian mohon tampil ke balai polis berhampiran atau terus berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Sarjan Muhamad Azri Ibrahim di talian 01112221914," katanya.

Sumber: Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Deputi Superintendan Kamarulzaman Harun, berkata empat…
Berita Domestik
Menurutnya, siasatan awal mendapati lelaki itu yang berada di pam nombor dua sedang membetulkan…
Berita Domestik
Kejadian tersebut tular di Facebook selepas mangsa memohon bantuan orang ramai menjejaki kereta…