Guna peranti pintar - David Beckham dihukum larangan memandu enam bulan

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bekas pemain bolasepak England, David Beckham telah disahkan tidak layak untuk memandu selama enam bulan selepas disabitkan kesalahan menggunakan peranti pintar ketika memandu. 

Pemain berusia 44 tahun itu mengaku bersalah selepas tindakan beliau dikesan oleh orang awam ketika memandu sebuah Bentley pada 21 November tahun lalu. 

Berdasarkan undang-undang semasa, kesalahan menggunakan peranti pintar akan menyebabkan demerit sebanyak enam mata dan sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman larangan memandu atau menunggang sebarang kenderaan. 

Dengan hukuman larangan memandu yang dikenakan, dalam tempoh enam bulan akan datang bintang bola sepak ini bakal menikmati kehidupan seharian dibalik cermin gelap keretanya. 

Sumber: NST

Berita Berkenaan

Berita Global
  Disebabkan sejarah pemilikan dan keadaan kereta yang baik, Spider 360 tersebut disenaraikan…
Berita Global
Tiada sebarang nilai kesepakatan diumumkan oleh kedua-dua belah pihak, namun firma tersebut…