Guna robot hantar makanan

oleh SALINA JALIL|
Disebabkan risau dengan keselamatan pelanggan dan pekerja ketika pandemik Covid-19, rangkaian restoran nasi kandar, Q Bistro mengambil keputusan untuk menggunakan robot penghantar makanan bagi mengehadkan risiko penularan wabak tersebut.


Pengurus kawasan Q Bistro, Syednazir Mohd Ibrahim berkata, penggunaan robot penghantar makanan sejak dua bulan lalu itu telah pun dilaksanakan di kesemua 10 cawangan restoran tersebut yang berada di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01

 

Katanya, rata-rata pelanggan juga memberikan reaksi positif terhadap inovasi perkhidmatan yang dilakukan itu.

 


“Pelanggan yang datang ke restoran kami, mereka suka dengan penggunaan inovasi ini. Robot ini akan menghantar makanan kepada pelanggan secara automatik dan pelanggan perlu mengambilnya daripada dulang yang dibawa oleh robot tersebut.

 

“Budak-budak pun gembira. Ada yang ambil gambar dan video,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

 

Selain melindungi kesihatan pelanggan dan pekerja, Syednazir berkata, penggunaan inovasi itu turut mengurangkan beban pekerja khususnya ketika waktu puncak, di samping membantu mempercepat dan mempermudahkan proses penghantaran makanan.

 

Katanya, setiap penghantaran makanan yang menggunakan robot tersebut boleh memenuhi pesanan dari empat meja makan di restoran itu.

 

Syednazir turut memaklumkan bahawa pihaknya sedang dalam perancangan untuk menambah dua atau tiga robot penghantar makanan di setiap cawangan restoran syarikatnya berbanding satu robot yang sudah digunakan ketika ini.
 

 

Sinar Harian

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Pengetua CIM Group, Bethany Chang beliau berkata, robot-robot tersebut mula beroperasi di…
Berita Global
Syarikat yang berpengkalan di Shanghai itu juga bercadangan untuk membuang separuh dari tenaga…
Berita Global
  Ia adalah projek perintis oleh Autofuel untuk menguji sistem pengisian bahan api futuristiknya…