Guna telefon ketika memandu, polis minta pemandu bas serah diri

oleh Penyumbang Rencana|
tangkap layar dari video
Polis meminta pemandu bas yang tular kerana memandu sambil menggunakan telefon supaya tampil menyerah diri.


Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mat Kasim Karim berkata, tindakan tidak bertanggungjawab itu dikesan selepas video mengenainya dimuat naik di TikTok.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Tindakan pemandu bas ini boleh mendatangkan risiko kemalangan bukan hanya kepada penumpang bas tersebut tetapi kepada pengguna jalan raya lain.

"Kejadian itu dipercayai dirakam oleh salah seorang penumpang bas terbabit," katanya pada Sabtu.

Beliau berkata, berdasarkan maklumat nombor pendaftaran bas berkenaan, ia dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Ipoh.

Tambahnya, pemandu bas terbabit digesa segera menyerah diri ke balai trafik daerah berhampiran atau mana-mana balai polis bagi membantu siasatan.

"Orang awam yang mempunyai maklumat akan kejadian ini, boleh sama-sama menyalurkan kepada JSPT melalui Facebook Messenger atau emel terus ke [email protected]," ujarnya.

Video di bawah:

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pemandu bas berusia 51 tahun itu dalam aduannya mendakwa dia diarahkan memberhentikan basnya di…
Berita Domestik
"Perjalanan jauh melebihi 300km memerlukan pemandu kedua, tak boleh seorang (pemandu), tetapi…
Berita Domestik
Tambah Loke, pihaknya dengan kerjasama Prasarana telah mengadakan inisiatif untuk pemberian elaun…