Gunther Werks perlihat Porsche 911 Irish Green, badan gentian karbon!

oleh Mohamad Hanif|
Bagi para peminat Porsche terutama model 911 yang terdahulu, terdapat banyak pilihan yang anda boleh pertimbangkan untuk menjadikan jentera lama Porsche 911 kembali berseri selari dengan peredaran masa, dan salah satu daripadanya adalah Gunther Werks.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Model yang diperlihatkan dalam artikel kali ini merupakan Porsche 911 generasi 993 yang dinamakan sebagai Irish Green Commission, dan penampilan warna hijau itu dilihat berpadanan dengan konsep yang cuba diperlihatkan oleh rumah penala itu.

 


Ia merupakan sebahagian daripada projek komisyen 993 Remastered yang menampilkan binaan badan daripada gentian karbon, jalur berkembar yang mendedahkan struktur gentian karbon itu sendiri, rim Fuchs berwarna emas ringan, hiasan pada bahagian sisi, serta rekaan jeriji Gunther Werks yang dipadankan pada pelindung enjin.

Tidak ketinggalan, spoiler ekor itik yang terletak kemas di belakang kereta hijau ini.

 


Keseluruhan panel badan dilayangkan warna Irish Green sementara ruang dalaman pula menampilkan penggunaan bahan kulit English Tan yang memfokuskan kepada keselesaan pemanduan jarak jauh, dan bukannya prestasi di atas litar.

Namun begitu, nadi yang dibekalkan juga bukan calang-calang, enjin flat-six 4.0 liter daripada Rothsport Racing itu mampu menghasilkan 435 kuasa kuda dan 454 Nm daya kilas.

 


Selain daripada itu, Porsche 911 ini juga turut mendapat naiktaraf brek Brembo, sistem suspensi daripada Eisenlohr Racing dan JRZ Suspension Engineering, sementara tabung suspensi diwarnakan dengan hijau anodiza.

Berdasarkan semakan di laman web rasmi Gunther Werks, harga untuk sebuah Porsche 911 generasi 993 yang siap dimodifikasi ini bermula dari $565,000 (RM2.3 juta).

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Lokasi itu terletak di dalam kawasan ladang sawit berhampiran dengan sebuah kampung yang terletak…
Berita Global
Secara teknikal, Taycan Turbo GT menghasilkan 777 HP dan 1,339 Nm, namun ia boleh dipertingkatkan…
Berita Global
Namun tahukah anda, menjelang tahun akhir produksi model tersebut, Porsche membuat keputusan untuk…