Gunther Werks tawar Project Tornado - Porsche 993 Turbo dengan 700 hp!

oleh Mohamad Hanif|
Jika penala Singer Vehicle Design menawarkan kereta projek yang menggunakan asas daripada Porsche 911 generasi 964, Gunther Werks pula lebih gemar menggunakan Porsche 911 generasi 993 yang merupakan model ikonik terakhir dengan enjin sejukan udara.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Projek terbaharu mereka digelar sebagai Tornado, sebuah Porsche 993 Turbo dengan kit badan lebar gentian karbon, dengan enjin yang mampu menghamburkan kuasa setinggi 700 hp!

Untuk menjadikan berat badan berada di tahap yang ideal, Gunther Werks telah memadankan setiap panel badan (kecuali pintu) yang diperbuat daripada bahan ringan gentian karbon, menjadikannya 277 kg lebih ringan berbanding model asal, dengan nilai berat keseluruhan sekitar 1,225 kg.

Bukan sekadar ringan, akan tetapi panel badan itu tadi telah direka untuk meningkatkan tahap penyejukan dan dalam masa yang sama meningkatkan daya turun jentera ini.
 

993


Seperti yang diperlihatkan pada projek terdahulu, Project Tornado menampilkan sebuah 993 Turbo yang dimodenkan dengan elemen rekaan daripada jentera GT dan kereta lumba Porsche.

Bampar depan dilengkapi dengan liang kemasukan yang besar dan splitter, diikuti dengan pemasangan fender depan lebar dengan bukaan di bahagian sisi, fender belakang dengan liang kemasukan besar, serta penggunaan rim 18 inci yang diperbuat daripada dram gentian karbon dan bahan magnesium di bahagian tengah.

Rekaan bumbung jenis double-bubble diinspirasikan daripada sukan permotoran, namun yang paling ketara adalah sayap belakang ekor ikan paus dengan liang penyejukan berfungsi, diikuti dengan bampar belakang yang dilengkapi dengan diffuser besar dan tip ekzos berkembar titanium (atau Inconel) dihasilkan menerusi teknik percetakan 3D.

Sebagai pengakhiran, unit lampu belakang LED ikonik buatan Gunther Werks dipadankan pada bahagian tersebut.
 

993


Ruang kabin pula menampilkan penggunaan bahan gentian karbon dan Alcantara yang meluas, di mana tempat duduk bucket diperbuat daripada bahan gentian karbon menawarkan sokongan maksimum kepada pemandu dan penumpang, diikuti dengan roda stereng yang juga diperbuat daripada bahan sama.

Nadi utama Project Tornado ini adalah enjin flat-six 4.0 liter turbo berkembar yang dibina oleh Rothsport Racing dengan kipas penyejuk khas diambil daripada kereta lumba dan sistem pengurusan enjin Motec.

Enjin ini mampu menjana kuasa sekitar 600 hp di dalam mod pemanduan standard, atau setinggi 700 hp apabila pemandu memilih mod litar dengan daya kilas melebihi 759 Nm.
 

993


Kuasa itu tadi disalurkan kepada roda belakang menerusi transmisi manual enam nisbah kelajuan.

Aspek pemanduan turut disokong dengan sistem gantungan aktif dan sistem brek Brembo CCMR.

Selain daripada talaan yang khusus untuk pemanduan litar, Gunther Werks juga turut mengambil pendekatan dengan menawarkan pakej touring untuk pemanduan di atas jalan raya sebenar dengan pakej spoiler ekor itik, tempat duduk gentian karbon yang lebih selesa, ruang kargo depan yang lebih praktikal serta talaan enjin yang berbeza.
 

993


Setakat ini, Gunther Werks tidak mendedahkan bilangan unit yang akan diproduksikan, serta harga yang perlu dibayar oleh pelanggan untuk mendapatkan sebuah Project Tornado.

Berita Berkenaan

Berita Global
Projek terbaharu mereka dinamakan sebagai Touring Turbo Edition Coupe, dan seperti biasa, ia…
Berita Global
Firma penala itu kini sedia untuk membuat kemunculan di luar Amerika Syarikat, dan mereka telah…
Berita Global
Ini kerana sepanjang tempoh produksi, Porsche hanya menghasilkan dua unit sahaja model 911…