GVE Asia ambil alih operasi Pusat Pameran VW Sungai Besi

oleh Mohamad Hanif|
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) hari ini mengumumkan perubahan pengedar di mana Volkswagen Sg. Besi akan dioperasikan oleh rakan pengedar yang baru, GVE Asia Group bermula 2 Disember 2019.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

GVE Asia Group merupakan sebuah syarikat automotif utama yang mengedar serta menjual kereta penumpang premium di Malaysia.

Operasi perniagaannya terdiri daripada pengedaran kereta terpakai, jualan, selepas jualan dan perkhidmatan berkaitan automotif yang lain. Ini adalah usaha pertama GVE Asia untuk menyertai rangkaian Volkswagen.

Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter menyatakan penghargaan kepada Wearnes Automotive atas sokongan mereka selama 11 tahun. “Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Wearnes Automotive kerana menjadi sebahagian daripada keluarga Volkswagen. 

"Pada masa yang sama, saya juga berbesar hati untuk mengalu-alukan kedatangan GVE Asia Group ke dalam rangkaian ini. Saya tidak sabar melihat hasil kerjasama ini untuk sama-sama membina jenama Volkswagen dan memenuhi keperluan para pelanggan.” 

 

 

Volkswagen Sg. Besi merupakan sebuah pusat 3S yang berfungsi memenuhi keperluan para pemilik Volkswagen.

Memiliki ruang seluas lebih 75,181 kaki persegi melibatkan sebuah bangunan dua tingkat, bilik pamerannya boleh mempamerkan sembilan buah kenderaan dan menempatkan pelbagai kemudahan selepas jualan yang mematuhi standard global Volkswagen.  

Pelanggan juga boleh menggunakan ruang menunggu moden yang lengkap dengan televisyen, Wi-Fi dan kafe. 

Waktu operasi Volkswagen Sg Besi tidak berubah: 
Bilik pameran          
Isnin – Jumaat: 9am – 7pm 
Sabtu: 9am – 6pm 
Ahad : 10am – 5pm    

Aftersales & Service          
Isnin – Jumaat: 8am – 6pm 
Sabtu: 8:30am – 1pm
Ahad: Tutup