Langkah ini bukan sahaja memperluas jaringan fizikal GWM di Malaysia, malah memperkukuh lagi komitmen mereka terhadap kepuasan pelanggan jangka panjang menerusi inisiatif GWM Care. Program ini dikhususkan untuk memberikan perkhidmatan selepas jualan yang lebih menyeluruh dan efisien, sekaligus meningkatkan pengalaman pemilikan kenderaan GWM.
GWM Care memberi penekanan kepada layanan pelanggan yang proaktif, perkhidmatan penyelenggaraan yang cekap serta jaminan terhadap kepercayaan pelanggan terhadap jenama ini dalam jangka masa panjang. Melalui pendekatan ini, GWM berharap dapat menyaingi jenama mapan lain dalam aspek aftersales satu elemen yang sering menjadi pertimbangan utama pembeli kenderaan di Malaysia.

GWM Malaysia, yang mula beroperasi secara rasmi pada Julai 2022, merupakan anak syarikat kepada Great Wall Motor Co. Ltd sebuah syarikat automotif global yang dikenali dengan penekanan terhadap teknologi tenaga bersih dan pemanduan pintar. Di peringkat global, GWM menerajui pembangunan teknologi automotif yang melibatkan tenaga hidrogen, solar, cip pintar, dan sistem pemanduan autonomi.

Dengan strategi berteraskan tiga nilai utama tenaga boleh baharu, kecerdasan baharu, dan pengalaman baharu GWM Malaysia terus melangkah ke hadapan dalam misinya untuk menjadi jenama yang relevan, progresif dan diyakini rakyat Malaysia.
Untuk maklumat lanjut mengenai GWM Malaysia dan lokasi pusat 3S terkini, orang ramai boleh melayari laman rasmi mereka di www.gwm.com.my