GWM Malaysia Lancar Kempen Merdeka 2025 – “Gaya Wawasan Malaysia”

oleh Qalif Latif|
Great Wall Motor (GWM) Malaysia melancarkan Kempen Merdeka 2025 dengan tema “Gaya Wawasan Malaysia”, berlangsung dari 16 Ogos hingga 28 September 2025. Kempen ini diraikan dengan pelbagai aktiviti menarik, promosi eksklusif serta siri jelajah seluruh negara yang menyemarakkan semangat kemerdekaan.

Ketua Pegawai Operasi GWM Malaysia, Roslan Abdullah berkata, Merdeka adalah waktu terbaik untuk merenung pencapaian negara dan melihat ke hadapan dengan penuh keyakinan. “Di GWM Malaysia, kami percaya mobiliti bukan sekadar pengangkutan memperkasakan rakyat, menghubungkan komuniti dan memacu kemajuan. ‘Gaya Wawasan Malaysia’ melambangkan komitmen kami untuk menawarkan produk dan pengalaman yang membanggakan rakyat Malaysia,” ujarnya.

Peraduan “Book & Win” Weekends

Sepanjang tujuh hujung minggu kempen, pelanggan yang membuat tempahan kenderaan GWM di bilik pameran terpilih berpeluang menyertai peraduan “Book & Win”. Mereka akan menikmati dua peluang hadiah cabutan bertuah segera di lokasi serta penyertaan dalam Cabutan Bertuah Utama bernilai sehingga RM120,000.

Antara hadiah utama termasuk iPhone 16 Pro, Nintendo Switch 2, DJI Osmo Pocket 3, Philips Air Purifier, Xiaomi X20+ Robot Vacuum, Samsung Galaxy A56, Marshall Acton III, Sony WH-1000XM5 Headphones, Galaxy Watch 7 dan Dyson Cool Fan.

Promosi Eksklusif Ogos

Bersempena bulan kemerdekaan, GWM menawarkan pakej promosi istimewa dengan nilai tambah serta penjimatan masa terhad bagi semua model kenderaan GWM di pasaran Malaysia.

Siri Jelajah “GWM Goes on Tour”

Kempen ini turut dilengkapkan dengan siri jelajah yang membawa pengalaman interaktif GWM kepada orang ramai. Aktiviti termasuk pandu uji, promosi khas serta pameran di beberapa lokasi utama:

  • Zon Tengah: Mid Valley Kuala Lumpur (10–14 September), GF Luxe 1 Utama (7 Okt – 6 Nov)

  • Zon Utara: Sunway Carnival Mall, Pulau Pinang (30 Okt – 2 Nov), Ipoh Parade (6–9 Nov)

  • Zon Selatan: Paradigm Mall Johor Bahru (27–31 Ogos).

Bilik Pameran Baharu di Klang

Bagi memperkukuh rangkaian, GWM membuka bilik pameran baharu di Klang, berkeluasan 3,900 kaki persegi dengan ruang menunggu pelanggan seluas 1,140 kaki persegi serta tiga ruang servis. Fasiliti ini mampu menyelenggara sehingga 200 kenderaan sebulan.

Cawangan ini beroperasi setiap hari dari 9 pagi hingga 6 petang (jualan), dan 8 pagi hingga 5.30 petang (servis), kecuali Ahad dan cuti umum.

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh mengunjungi bilik pameran GWM terdekat atau melayari www.gwm.com.my.


 

Berita Berkenaan

Uncategorized
Prestasi itu dicapai dalam keadaan pasaran yang lebih sederhana, namun disokong oleh peningkatan…
Berita Domestik
Perancangan ini diumumkan semasa Malam Penghargaan Tahunan Bersama Media yang berlangsung di Kuala…
Berita Domestik
Filem Pendek “Lebaran Keredaan” Angkat Nilai Kekeluargaan Sebagai kemuncak kempen tersebut, GWM…