GWM MALAYSIA LANCAR PUSAT 3S BAHARU DI SETIA ALAM

oleh Firdaus Razani|
Great Wall Motor (GWM) Malaysia baru-baru ini mengumumkan pembukaan Pusat 3S terbaharu di Setia Alam, Selangor yang menyediakan khidmat Jualan, Servis dan Alat Ganti.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pembukaan pusat 3S ini mencerminkan komitmen GWM untuk meningkatkan keseluruhan pengalaman pelanggan dengan rangkaian perkhidmatan yang lebih luas.

 

gwm

 

Pusat 3S GWM Setia Alam mempunyai keluasan lebih 6000 kaki persegi, yang terdiri daripada bilik pameran, ruang istirahat pelanggan, dan empat ruang servis.

 

gwm

 

Pusat servis ini mampu menyelenggara sehingga 800 kenderaan sebulan, meliputi rangkaian GWM, termasuk jenama seperti Haval, ORA, dan siri Cannon yang dikendalikan oleh juruteknik GWM yang terlatih.

 

gwm

 

Pengarah Urusan GWM Malaysia, Mike Cui An Qi berkata “Pusat 3S baharu ini menunjukkan komitmen GWM dalam memberikan perkhidmatan yang luar biasa dan meningkatkan kemudahan untuk pelanggan kami di Shah Alam dan Klang,”

Seiring dengan pengembangan rangkaian GWM Malaysia, jenama itu secara beransur-ansur memperkenalkan produk baharu ke pasaran Malaysia.

Kini, GWM ORA 07 dibuka untuk tontonan dan pandu uji di Bilik Pameran GWM di seluruh Malaysia sebelum dilancarkan secara rasmi pada 3 April ini.

 

gwm

 

GWM Malaysia turut menawarkan penyelenggaraan percuma sehingga lima tahun atau 75,000 km (mana-mana dahulu) untuk pelanggan yang telah membuat pra-pesanan sebelum tarikh pelancaran EV.

Maklumat terperinci mengenai alamat dan waktu operasi pusat 3S terbaharu GWM Setia Alam adalah seperti berikut;

Alamat: No 5-1, Setia Avenue, 2, Jln Setia Prima S U13/S, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi:

Bilik Pameran - Isnin – Ahad | 9 pagi - 6 petang (kecuali Cuti Umum)

Pusat Khidmat – Isnin – Sabtu | 8 pagi - 5.30 petang (cuti Ahad dan Cuti Umum)

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Lebih dikenali dengan nama Ora Grand Cat atau Lightning Cat di sesetengah pasaran, Ora 07 merupakan…
Berita Domestik
GWM ORA 07 telah mendapat perhatian dari segi reka bentuk kereta sport yang diperkemas, serta…
Berita Domestik
GWM Malaysia turut mengumumkan bahawa model itu akan memasuki pasaran pada suku pertama tahun ini…