GWM ORA 07 rasmi di pasaran Malaysia, 2 Varian, harga dari RM169,800

oleh Firdaus Razani|
Great Wall Motor (GWM) Malaysia hari ini baharu sahaja melancarkan kenderaan elektrik (EV) sedan coupe baharu untuk pasaran tempatan iaitu GWM ORA 07.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

GWM ORA 07 didatangkan dengan dua pilihan varian iaitu varian Long Range Ultra dengan pacuan roda hadapan (FWD) dan varian Performance dengan pacuan semua roda (AWD).

 

gwm

 

Berikut mengenai spesifikasi dan harga bagi kedua-dua varian ORA 07;

Long Range Ultra (RM169,800)

  • Motor : Motor tunggal FWD
  • Kuasa Maksimum : 204PS
  • Tork Maksimum : 340Nm
  • 0-100kmj : 7.9 saat
  • Halaju tertinggi : 170kmj
  • Jarak gerak : 640km (NEDC)

 

Performance (RM189,800)

  • Motor : Dwi-motor AWD
  • Kuasa Maksimum : 408PS
  • Tork Maksimum : 680Nm
  • 0-100kmj : 4.3 saat
  • Halaju tertinggi : 180kmj
  • Jarak gerak : 550km (NEDC)

 

Kedua-dua varian Long Range Ultra dan Performance diberi dengan tiga pilihan warna, iaitu warna kelabu, ungu dan putih.

Bagi kapasiti pek bateri, kedua-dua varian dijanakan oleh pek bateri Ternary lithium berkapasiti sebanyak 83.5kWj.

Pek bateri ORA 07 tersebut mampu mengecas dari 30-80% hanya dalam 32 minit dengan menggunakan pengecasan pantas DC 88kW, manakala untuk pengecasan AC, ia mampu mengecas dari 0-100% dalam tempoh masa 15 jam.

 

gwm

 

Untuk mod pemanduan, kedua-dua varian diberi lima mod pemanduan yang sama iaitu Normal, Sport, Well-being, Individual dan Eco, dan satu mod tambahan pada varian Perfomance, iaitu mod Sport+.

 

gwm

 

Selain itu, reka bentuknya juga mempunyai drag coefficient yang rendah dengan pengoptimuman aerodinamik sebanyak 0.22 Cd, yang meningkatkan prestasi keseluruhan kenderaan.

Secara jelasnya, reka bentuk ORA 07 ini datang daripada reka bentuk gril tertutup dan lampu hadapan LED yang canggih dan spoiler belakang elektrik memberikan sentuhan dinamik.

 

gwm

 

Manakala pada bahagian atas ORA 07 ditampilkan dengan bumbung kaca panoramik 1.7m yang membolehkan penumpang menikmati pemandangan yang luas.

Pada bahagian dalaman, ia didatangkan dengan kulit premium mewah yang meliputi tempat duduk dan stereng manakala konsol tengah berbentuk T dengan panel kawalan berputar.

 

gwm

 

Untuk bahagian dalaman, kedua-dua varian adalah berbeza dari segi warna, untuk varian Long Range Ultra, ia diberikan warna hitam, manakala varian Performance diberi dengan warna dalaman berwarna coklat.

Namun, jika pembeli varian Long Range Ultra mahu mendapatkan dalaman warna coklat, mereka hanya perlu menambah RM2,500 untuk menaik taraf dalaman itu.

 

gwm

 

Ciri-ciri lain yang terdapat pada GWM ORA 07 adalah seperti pengecasan tanpa wayar 50w, tempat duduk ergonomik dengan fungsi urutan dan sistem pengudaraan, dan pencahayaan LED.

 

gwm

 

Selain itu, ORA 07 turut mempunyai fungsi vehicle-to-load (V2L) 3.3kw yang bertindak sebagai sumber kuasa untuk mengecas sebarang peralatan elektrik.

Untuk sistem ciri keselamatan, ORA 07 didatangkan dengan ciri ADAS pintar yang merangkumi empat kamera 360 darjah, 12 penderia ultrasonik serta dua radar millimeter wave.

 

gwm

 

Tambahan itu, ORA 07 lengkap dengan 28 sistem keselamatan komprehensif pintar yang memastikan pengalaman pemanduan yang selamat, ianya adalah seperti berikut;

 

Adaptive Cruise Control (ACC)

  Lane Change Assist (LCA)

Intelligent Cruise Assistance (ICA)

Traffic Sign Recognition (TSR)

Traffic Jam Assist (TJA)

Overspeed Alert

Front Collision Warning (FCW)

Intelligent Speed Alerting (ISA)

Auto Emergency Braking (AEB)

Secondary Collision Mitigation (SCM)

Auto Emergency Braking-Pedestrians (AEB-P)

Emergency Signal System (ESS)

Auto Emergency Braking-Bicycle (AEB-B)

Door Opening Warning (DOW)

Parking Distance Control (PDC)

Rear Collision Warning (RCW)

Rear Cross Traffic Alert (RCTA)

AEB Junction Assist

Rear Cross Traffic Braking (RCTB)

Emergency Braking at Low Speed (L-AEB)

Lane Departure Warning (LDW)

Front Radar Auto Turn On at Low Speed

Lane Keeping Assist (LKA)

Blind Spot Detection (BSD)

Emergency Lane Keeping Assist (ELK)

Electronic Stability Program (ESP)

Intelligent Evade (IE)

Integration Intelligent Parking (IIP)

 

GWM Malaysia turut menawarkan pakej waranti yang berbaloi untuk semua pemilik ORA 07, dengan pakej waranti yang meliputi seperti berikut;

  • Enam tahun atau 150,000km untuk waranti kenderaan
  • Lapan tahun atau 180,000km untuk waranti kuasa bateri, motor elektrik dan unit kawalan motor elektrik
  • 12 tahun untuk jaminan perlindungan karat dan hakisan.

 

GWM Malaysia turut menawarkan penggantian bateri ‘1-to-1', dengan syarat Keadaan Pengecasan (SOC) bateri jatuh di bawah 70 peratus.

 

gwm

 

Bagi 500 pelanggan GWM ORA 07 pertama juga akan mendapat pengecas kotak dinding rumah percuma dan jaminan tambahan dua tahun (8 tahun atau 180,000km).

 

gwm

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Buktinya, ia adalah antara syarikat automotif pertama dari China yang hadir dengan enjin dan…
Berita Global
Pengarah tadbir urus dan perhubungan awam syarikat, Jason Zhang memberitahu Pos, model di bawah…
Berita Global
ORA GOOD CAT dengan mudah berjaya mencapai penarafan Hijau 5 bintang dengan meraih purata skor…