GWM Ora Good Cat jadi EV pertama dalam perasmian stesen pengecasan TNB Electron

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Baru-baru ini Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah melancarkan stesen pengecasan pantas DC mereka iaitu TNB Electron, dimana ianya merupakan hasil kerjasama diantara pihak TNB dan Lebuhraya PLUS.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Stesen pengecasan pantas DC TNB Electron kini tersedia untuk digunakan di tiga lokasi berbeza yang terletak di R&R Ayer Keroh (arah utara), Tapah (arah utara) dan Paka (arah utara).

Majlis pelancaran itu turut disertai oleh Pengarah Urusan Great Wall Motor Malaysia, Mike Cui, dimana model pertama EV mereka di Malaysia iaitu Ora Good Cat telah menjadi yang pertama untuk merasmikan stesen pengecasan itu.

 

2

 

Diantara pelbagai model EV yang menyertai majlis pelancaran tersebut, Ora Good Cat telah menjadi tumpuan orang ramai yang menyaksikan demonstrasi pengecasan oleh Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi.

Untuk pasaran Malaysia, Ora Good Cat didatangkan dengan 2 varian, iaitu model 400 Pro dengan harga RM 139,800 dan model 500  Ultra dengan harga RM 169,800, dimana jarak geraknya diwakili oleh nama varian tersebut.

 

3

 

Mike Cui berkata, “Kami berhasrat untuk menjadikan Ora Good Cat sebagai penanda aras utama industri bagi kenderaan pasaran tenaga baharu di Malaysia.”

GWM juga dikatakan terbuka untuk sebarang peluang kerjasama dengan syarikat seperti TNB bagi menerokai pembangunan pasaran tenaga baharu di Malaysia.

 

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Tetapi semua sedia maklum bahawa subsidi menjadi tanggungan terbesar negara dan sesuatu perlu…
Berita Domestik
Pengecas pantas DC TNBElectron 90 kW kini dibuka untuk digunakan oleh pemilik EV secara percuma…
Berita Domestik
Stesen-stesen tersebut, yang dijadualkan siap menjelang 2025, akan mempercepatkan pembangunan…